“Memang saya cinta tapi..” – Sering menangis setiap malam, Lydia Rosli serius nak kahwin dengan Tyzo

“Memang saya cinta tapi..” – Sering menangis setiap malam, Lydia Rosli serius nak kahwin dengan Tyzo

 

Anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri iaitu Lydia Rosli sering nangis setiap malam dan berani membuat kenyataan ‘berani’ apabila mengakui dirinya ingin berkahwin dengan penyampai radio, Tyzo.

Pendedahan itu dibuat oleh Lydia yang juga usahawan mengenai perasaannya yang kian menebal terhadap penyampai radio sensasi itu.

“Tahun lepas, saya memang nak kahwin dengan Tyzo. Saya mula rasa penat dengan situasi ini. Saya rasa dia tidak mahukan saya. Jadi saya ambil keputusan untuk menjauhkan diri.

“Tetapi bila saya pergi, dia datang mencari saya. Mungkin sudah sifat lelaki sebegitu. Sekarang ini saya cuma serahkan pada takdir,” katanya.

Menurut Lydia atau nama lengkapnya Nor Lydia Rosli, cintanya sebelum ini hanya untuk Tyzo, namun penyampai radio Ikim FM itu seperti belum bersedia membawa hubungan mereka ke gerbang perkahwinan.

“Saya memang sukakan Tyzo tetapi saya rasa perasaan Tyzo sebaliknya. Tetapi nak kata saya bertepuk sebelah tangan itu tidak juga. Dia melayan saya dengan sangat baik. Kami selalu pergi ‘out station’ bersama.

“Untuk bercinta, mungkin dia lambat sikit,. Tetapi terus terang saya beritahu memang saya cinta dan nak kahwin dengan dia.

“Tetapi saya tak boleh buat apa-apa sebab saya perempuan. Saya kena tunggu lamaran daripada dia,” katanya lagi.

@f8buzz

Tepuk sebelah tangan ke macam mana ni? 🤔🤔🤔 TEMU BUAL bersama usahawan Lydia Rosli yang juga kakak kepada Kak KM dan anak pelakon veteran Normah Damanhuri di majlis sambutan ulang tahun pasaray ST Rosyam Sungai Buloh. Lydia tanpa berselindung mengaku mencintai penyampai radio terkenal Tyzo. Malah hubungan mereka sangat akrab sehinggakan anak Tyzo memanggilnya mummy. Sungai Buloh • 27 Julai 2024 #f8buzzhiburan #sembangentertainment #tyzo #tyzoxander #lydia #kakkm @tyzoxander

♬ original sound – F8Buzz – F8Buzz

Kongsinya lagi, mereka berdua masih berkawan baik meskipun pernah terputus hubungan selama enam bulan.

Lydia yang juga kakak kepada usahawan sensasi Kak KM berkata, Tyzo ada menghubunginya kembali sambil menangis pada Jun lalu dan memberitahu masih ingin berkawan dengannya.

“Saya beritahu dia bahawa saya tidak pandai untuk berkawan. Saya hanya tahu jadi kekasih. Tetapi dia meyakinkan sahaja bahawa kami boleh menjadi kawan.

“Selama ini saya tidak pernah ada kawan lelaki. Kalau ada pun kekasih. Tetapi sudah 10 tahun saya tidak berkawan dengan mana-mana lelaki. Hati saya memang sudah tertutup sehinggalah saya bertemu dengan Tyzo,” kongsinya.

Mengulas lanjut, hubungan Lydia dan Tyzo turut mendapat restu daripada Normah Damanhuri yang mahu menjadikan lelaki itu sebagai menantu.

“Mak suka dengan Tyzo. Raya tahun lepas mak pernah berbual menerusi panggilan video dengan Tyzo dan tanya dia bila nak masuk meminang.

“Hubungan saya dengan anak Tyzo juga rapat. Malah ketika hubungan kami terputus selama enam bulan, saya masih berhubung dengan anaknya.

“Saya sudah anggap anak dia macam anak saya sendiri. Anak dia juga panggil saya dengan panggilan Mummy,” ujar Lydia.

Sementara itu,  Tyzo Xander, 48, tidak menafikan dirinya terkejut dengan pengakuan usahawan itu yang mempunyai perasaan cinta terhadapnya.

Pemilik nama Tuah Zolqarnain Idris berkata, dia masih memerlukan masa untuk berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga.

“Saya hormati perasaan (cinta) Lydia itu, tetapi saya perlukan masa lagi untuk berfikir dengan teliti mengenai perkahwinan kerana sudah lama hidup bersendiri. Saya dah terbiasa membujang selama ini.

“Lagi pula, kami berkawan baik sudah lama kerana dia (Lydia) juga banyak membantu dan mengajar saya selok-belok perniagaan. Malah, keluarga serta semua adik-beradik saya pun sudah kenal rapat dengannya.

“Begitu juga, anak saya (Noah Zachri) rapat dengan Lydia sebab kami memang baik sampai sekarang pun. Cuma, mohon didoakan yang baik-baik sajalah untuk kami (jodoh),” katanya.

@f8buzz

Alamak, Tyzo jawab lain pula 😅 TEMU BUAL bersama penyampai radio Tyzo Xander di majlis sambutan ulang tahun pasaray ST Rosyam Sungai Buloh. Sering dilihat bersama Lydia Rosli, kakak kepada usahawan terkenal Kak KM, Tyzo menjelaskan hubungan sebenar mereka. Sementara Lydia telah pun meluahkan perasaan sebenarnya terhadap Tyzo, apa pula maklum balas daripada Tyzo? Sungai Buloh • 27 Julai 2024 #f8buzzhiburan #sembangentertainment #tyzo #lydia #kakkm @tyzoxander

♬ original sound – F8Buzz – F8Buzz

Tyzo juga akui dia tidak mempunyai masalah dengan status Lydia sebagai ibu tunggal kepada empat anak,cuma dirinya mahu memberi fokus kepada karier penyampai radio di stesen baharu disertainya, IKIMfm.

Difahamkan Lydia dan Tyzo pernah terkait gosip cinta sebelum ini apabila kerap dilihat muncul bersama dalam beberapa majlis, termasuk Lydia juga sering berkongsi gambarnya dan Tyzo di akaun media sosial.