Memandu secara melulu, netizen kecam pemilik Myvi langgar lari Viva hingga terbalik
![Memandu secara melulu, netizen kecam pemilik Myvi langgar lari Viva hingga terbalik Memandu secara melulu, netizen kecam pemilik Myvi langgar lari Viva hingga terbalik](https://beritaperak.com/wp-content/uploads/2021/08/IMG_20210825_135538_041-e1629870965908.jpg)
Kadang-kala walaupun kita memandu secara defensive, pasti akan ada pemandu lain memandu secara agresif yang boleh menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya.
Hari ini tular satu rakaman dashcam sebuah Perodua Myvi telah melanggar Perodua Viva sehingga terjatuh masuk longkang lalu terbalik. Kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 6.30 petang semalam.
Kes Langgar Lari.
Kejadian Dari Rini Hills ke Taman Tun Aminah (Taman Nesa)
Lokasi : Taman Nesa- Tun Aminah pic.twitter.com/TY7RhscvHW
— Penglipur Lara (@Tok_Tek) August 24, 2021
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di satu kawasan sekitar Taman Nesa, Tun Aminah terletak di Johor. Sejurus melanggar kereta Viva tersebut, pemandu Myvi itu meneruskan perjalanan dengan menggunakan laluan yang bertentangan sehingga hampir melanggar dua orang pejalan kaki yang sedang melintas.
Rata-rata netizen terkejut dan mengecam pemanduan pemandu kereta Myvi tersebut sehingga menyebabkan pengguna jalan raya lain menjadi mangsa.
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GROUP DASHCAM OWNERS MALAYSIA
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GROUP DASHCAM OWNERS MALAYSIA
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GROUP DASHCAM OWNERS MALAYSIA
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GROUP DASHCAM OWNERS MALAYSIA
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GROUP DASHCAM OWNERS MALAYSIA
Jalan dekat sini orang memang bawak macam takde otak. https://t.co/MRLLWvSGTx
— Pik (@Muhdsyf_) August 24, 2021
Tengok akak dlm kereta viva tu stabil tapi berdarah yang banyak.
— Azhar (@azharhjibrahim) August 24, 2021
Setakat artikel ini ditulis tiada perkembangan lanjut mengenai pemandu Myvi tersebut. Manakala mangsa wanita yang memandu kereta Viva itu dikhabarkan mengalami pendarahan yang banyak tetapi dalam keadaan stabil menurut salah seorang pengguna Twitter.
Tidak kira apapun jua kenderaan yang kita pandu, pastikan kita sentiasa mengikut undang-undang jalan raya bagi memastikan tiada kemalangan boleh berlaku kerana nyawa tidak boleh dibeli-ganti dengan wang ringgit.
Semoga pemandu Myvi yang tidak bertanggungjawab tersebut dapat dikesan oleh pihak berkuasa dan dibawa ke muka pengadilan.
Sumber: Vocket