“Meleleh taik telinga..” – The Gadys dikritik buat persembahan macam di sekolah, netizen seru nama Mas Idayu
Persembahan kumpulan The Gadys dalam satu majlis berprestij baru-baru ini, mendapat kecaman yang teruk daripada netizen berikutan suara dan kualiti vokal yang dimiliki oleh mereka bertiga agak kurang baik.
Di Facebook, komposer Julfekar dilihat meluahkan rasa kecewa dengan kualiti persembahan kumpulan tersebut.
Memang tak boleh brain. Macam buat persembahan di sekolah sahaja. Meleleh taik telinga. Macam ni pun boleh lepas buat persembahan. Apalah jadi dengan industri muzik kita ni.
Kerana merasakan nyanyian kumpulan berkenaan terlalu sumbang, ramai yang menyeru penyanyi dangdut, Mas Idayu atau menggelarkan diri Mami untuk memberi komen ‘pedas’ agar dapat menyedarkan ketiga-tiga gadis itu.
Terdahulu, The Gadys yang terdiri daripada Aznie, Ayuni dan Thamiera menyampai tiga lagu medley iaitu Cintaku Sampai Ke Ethiopia, Cinta Sampai Mati serta Gadis Dan Bunga.