“Pesakit dalam ICU tiba-tiba ada bawah katil” – Mayat bayi lahir tahun 1980 tak diurus buat ‘gangguan’ di hospital
“Pesakit dalam ICU tiba-tiba ada bawah katil” – Mayat bayi lahir tahun 1980 tak diurus buat ‘gangguan’ di hospital
Satu mayat bayi lelaki yang lahir pada tahun 1980 serta tidak diuruskan pengebumiannya, dipercayai telah menjadi punca kepada kejadian dan gangguan mistik berlaku di sebuah hospital universiti.
Menerusi temu bual satu program ‘podcast’ (audio siar) bersama pengurusan jenazah Al-Kifayah Group, Ustaz Muhamad Nur Syafiq berkongsi kisah berkenaan serta proses menguruskan jenazah bayi tersebut selepas diminta oleh pusat Islam universiti berkenaan pada tahun 2021.
“Hospital mengalami gangguan melibatkan mistik, ada masa ketika mesin ventilator tertutup sendiri.
“Ada pesakit yang ditolak (dari kecemasan) ke ICU (unit rawatan rapi), semua benda yang atas pesakit termasuk pesakit itu boleh berada di bawah katil.
“Itu agak mistik juga lah dan bila mereka buat perubatan Islam semua tu, saya tak pasti macam mana mereka buat. Dapat puncanya mungkin daripada simpanan tidak diuruskan termasuk bayi,” katanya pada program ‘podcast’ itu diwawancara oleh bekas wartawan jenayah, Syahril A. Kadir.
Beliau berkata, pihak hospital universiti berkenaan telah menguruskan kesemua ‘simpanan’ berkenaan, namun terdapat satu bayi sahaja belum diselesaikan.
“Tugas saya selesaikan bayi itu, malam itu juga saya uruskan bayi tersebut dan beberapa bayi lain yang tidak dituntut.
“Selepas bayi itu diuruskan, alhamdulillah saya dapat maklum tiada gangguan tersebut, wallahua’lam,” ujarnya.
Ustaz Muhamad Nur Syafiq berkata, kemungkinan bayi itu mengambil masa untuk diuruskan pengebumiannya kerana ia dijadikan rujukan universiti berkenaan.
“Mungkin dibuat sebagai rujukan sebab ia merupakan universiti. Tugas saya uruskan sahaja.
“Bayi tak dituntut memang dah kering keadaaannya, yang cukup sifat pun banyak, yang besar lebih 500 gram pun ada, yang dah sembilan bulan pun ada.
“Cuma dalam uji kaji (bayi lahir 1980) itu memang besar, comel, lelaki dan keadaannya mungkin sebab diawet, macam baru lahir cuma pucat biasalah. Kalau tengok tak macam 1980, macam baru lahir,” katanya.
@tanahberdaulat.tv Saksikan temubual menarik ini di saluran YouTube Tanah Berdaulat TV. Terbaik, hanya untuk anda! #tanahberdaulattv #xklusifbersamasyahril #alkifayahgroup #fardhukifayah