“Selalu buat video sorang, janda ke?” – Reaksi Mayah Pani Puri jawab komen netizen raih perhatian

“Selalu buat video sorang, janda ke?” – Reaksi Mayah Pani Puri jawab komen netizen raih perhatian

 

“Selalu buat video sorang, janda ke?” – Reaksi Mayah Pani Puri jawab komen netizen raih perhatian

Gara-gara sering membuat video secara sendirian, status pengusaha makanan tradisi India, panipuri, Mayah Rubel Hasan menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Baru-baru ini, Mayah mencuri perhatian ramai apabila dilihat tenang menjawab soalan hangat daripada individu berkaitan status dirinya.

Selalu buat video sorang je, janda ke?

Persoalan itu muncul apabila Mayah secara konsisten membuat video sendirian tidak ditemani mana-mana lelaki selain tidak berkongsi maklumat peribadi kepada umum.

Mayah yang tidak mengambil hati dengan soalan tersebut hanya membalas dengan kata-kata yang sopan.

Sebaliknya, dia memilih untuk menyanyikan lagu Pantun Janda sambil menikmati pani puri jualannya.

Ni mesti peminat janda kan? Tapi bagi saya makan pani puri dulu baru nanti saya bagitahu.

Video berdurasi selama tujuh minit itu hanya menunjukkan Mayah menjamah makanan dan mempromosikan pani purinya.

@panipuri_no1_di_malaysia

❤ STREED FOOD PANIPURI/GOLGAPPA ❤ Jemput Mai Hangpa … 📌 AEON SRI MANJUNG ( Sampai Dekat Trafik Light Eon MANJUNG ..Kedepan Lagi Jumpa Pasaraya TF MANJUNG ..( Pasar Malam Lorong Shell ) Di Nasihatkan Costemer2 Jgn Terlalu Awal Datang Beratur Dalam Panas Kesian Datang laa Atas Pada Pukul 2 Petang So Time Tu Sesuai Staff Mayah Sampai Sana Bagi NO Giliran 😊 ✅ Dari 4 Petang hingga Habis ✅ Setiap Sabtu ✅ Limit 1 Orng 2 Bekas Sahaja ( Tengok Pada Stok Dan Kudrat Kami ) ✅ Dapatkan NO Giliran ➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡ 📢 Harga Panipuri/Golgappa 📢 ⛔ Set Besar RM15 ( 12 pcs ) ⛔ Extra Yogurt RM1 ⛔ Extra Air Asam RM2 📌 NOTA : Buat Masa Niy Mayah Buka Setiap Sabtu Sahaja …Ahad Klo Buka Mayah Bagitau Dalam Fb/Tiktok Ok 😊. :

♬ original sound – PANIPURI_NO1_di_MALAYSIA🇵 – PANIPURI_NO1_di_MALAYSIA🇵

Reaksi tuan badan berkenaan status dirinya membuatkan netizen kagum malah segelintir daripada mereka merasakan soalan tersebut tidak patut disoalkan.