4 tahun tersadai, Mat Saleh terkejut kereta Myvi masih berfungsi

4 tahun tersadai, Mat Saleh terkejut kereta Myvi masih berfungsi

 

Kereta Myvi sering digelar king kerana ketahanan dan prestasinya yang cemerlang di atas jalan raya. Rupanya kereta ini juga telah dieksport dan digunakan oleh segelintir peminat automotif di luar negara.

Tular di platform TikTok mengenai sebuah video yang memperlihatkan reaksi seorang pemilik Myvi dil luar negara yang cuba menghidupkan keretanya terlepas tersadai hampir 4 hingga 5 tahun lamanya.

Di dalam video tersebut, pemilik mahu merakam momen keretanya dihidupkan semula kerana sudah tersadai sekian lama di rumahnya dan mahu dilupuskan selepas itu.

Dengan bantuan caj bateri, kereta Myvi masih boleh dihidupkan dan berfungsi seperti sedia kala. Malah, mekanik sedia menekan minyak dan boleh dengar deruman enjin yang sedang mengaum pada ketika itu.

Pemilik langsung meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka kereta Myvi berkenaan masih boleh berfungsi  setelah sekian lama tersadai tanpa dihidupkan sekali pun pada tempoh itu.

Tambahnya, timbul rasa menyesal dengan niat mahu melupuskan kereta Myvi miliknya selepas mengetahui boleh berfungsi seperti biasa.

“Kereta ini masih boleh berfungsi dengan baik. Saya sangat menyesal berkata perlu melupuskan kereta ini,” luahnya dengan nada terharu.

Dia malah menyarankan mekanik itu untuk menjual kereta Myvi berkenaan kerana masih mempunyai nilai dan pernah disenaraikan dengan harga setinggi $2,000 (~RM8,417.64).

@jompomen

Kenapa MyVi king? #perdouamyvi #toyotapasso #daihatsusirion

♬ original sound – Jom Pomen – Jom Pomen

Perkongsian video itu langsung menjadi perhatian netizen dan rata-ratanya kagum dengan hasil buatan kereta tempatan ini yang cukup berkualiti dan perakui dengan bukti rakaman video tersebut.

Malah, sebahagian netizen berseloroh mendakwa nama jolokan Myvi King sememangnya sesuai dengan pelbagai kisah luar biasa yang pernah dilihat sebelum ini dan dengan perkongsian bakal menaikkan lagi nilai kereta hatchback itu.