Masih tersenyum walaupun ditumbuk, rupanya ini identiti sebenar abang baju merah

Masih tersenyum walaupun ditumbuk, rupanya ini identiti sebenar abang baju merah

 

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan di media sosial memaparkan pergaduhan yang berlaku gara-gara sebuah kemalangan.

Di dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki cuba menyerang orang awam yang memakai baju berwarna merah seolah-olah tidak berpuas hati mengenai sesuatu.

Dalam masa yang sama, tindakannya itu cuba dihentikan oleh orang awam yang membantu menenangkan keadaan.

Difahamkan, kejadian tersebut turut mendapat perhatian daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah pun mengeluarkan satu kenyatan media berhubung kejadian itu.

Di dalam kenyataan itu, dikatakan kemalangan berlaku apabila pemandu Honda City itu telah melanggar sebuah kereta jenis Toyota Camry yang dipandu oleh seorang wanita berusia 52 tahun.

Punca kejadian adalah kerana pemandu lelaki terbabit telah memandu di laluan yang bertentangan dengan trafik.

Semasa kejadian itu, beberapa orang awam tampil membantu mangsa namun pemandu Honda City itu kemudian tidak berpuas hati dengan teguran yang diberikan oleh orang awam.

Pemandu lelaki itu telah menyerang dan menumbuk salah seorang daripada orang awam yang berada di tempat kejadian.

Di dalam video yang tular itu, kelihatan pemandu lelaki itu menumbuk seorang lelaki berbaju merah namun lelaki itu dilihat kekal tersenyum dan tidak membalas serangannya itu.

Reaksinya itu turut menjadi bualan ramai di mana salah seorang netizen mendedahkan identiti sebenar lelaki terbabit.

Menurut individu tersebut, orang awam berbaju merah itu sebenarnya merupakan pegawai pengiring kepada Sultan Perak.

Difahamkan, individu yang memuat naik gambar tersebut adalah ahli keluarga kepada pegawai pengiring yang dimaksudkan itu.

Susulan video yang tular itu, orang ramai turut memuji tindakan yang diambil oleh pegawai terbabit dalam menangani situasi tersebut.

Malah netizen turut tidak menyangka lelaki yang cuba membantu mangsa kemalangan itu bukan lah orang ‘biasa-biasa’ seperti yang disangka ramai.