“Suami cakap saya masak tak sedap” – Isteri merajuk tak mahu masak, terkilan dibandingkan dengan mentua
“Suami cakap saya masak tak sedap” – Isteri merajuk tak mahu masak, terkilan dibandingkan dengan mentua
Hati seorang isteri pastinya terluka apabila usaha dan penat lelahnya untuk menjaga keluarga tidak dihargai, malah dibandingkan pula dengan orang lain.
Itulah yang dialami seorang wanita apabila kecewa dan terkilan dengan tindakan suami yang sering dibandingkan masakannya dengan air tangan ibu mentua.
Dek kerana itu juga wanita itu kini tidak lagi memasak untuk suaminya seperti sebelumnya.
“Kenapa saya tak masak? Sebab suami saya cakap saya masak tak sedap. Mak dia masak je sedap.
“Jadi saya ambil keputusan memang tak akan masak. Saya masak untuk diri sendiri dan anak saja,” ujarnya memulakan cerita di media sosial.
Mengimbas kembali apa yang berlaku, pengadu berkata dia sebelum ini berusaha menyediakan menu nasi ayam terbaik untuk keluarganya berpandukan resipi dalam talian.
Namun kegigihannya dalam mencipta momen indah bersama suami dan anak-anak menerusi hidangan tersebut bertukar ‘tragedi’ apabila dia terlupa memasukkan bahan penting dalam masakan.
Sejak kejadian itu, wanita ini memilih untuk tidak lagi memasak untuk suaminya.
“Saya pernah masak nasi ayam. Gigih saya buat sambil tengok resipi. Tapi akhirnya satu periuk nasi saya buang.
“Sebab apa? Sebab nasi saya tak sedap gara-gara terlupa letak garam. Padahal lauk lain semua okey saja.
“Akhirnya saya dengan anak-anak saja yang makan,” jelasnya lagi menceritakan apa yang berlaku.
Luahan dikongsikan wanita ini meraih pelbagai reaksi netizen.
Rata-ratanya menyatakan rasa simpati mereka dan mendoakan agar suami pengadu berubah.
Dalam pada itu, ada juga beberapa individu berkongsi pengalaman terutamanya golongan wanita yang pernah melalui situasi sama.
“Sampainya hati suami. Saya pun tak pandai masak langsung sebelum kahwin. Mak mentua saya guru memasak, suami saya pula cef hotel.
“Tapi tak pernah dapat kritikan. Tak sedap, masak hangit pun suami saya telan je. Sumpah sedih baca post awak ni. Semoga suami awak dibukakan hatinya.
“Lama awak simpan dalam hati sampai sudah beranak pinak pun suami tak nak makan makanan awak (masak),” komen netizen.