“Masa daftar nikah, pejabat agama kata..” – Along Cham dedah ibu pernah larang berkahwin dengan isteri

“Masa daftar nikah, pejabat agama kata..” – Along Cham dedah ibu pernah larang berkahwin dengan isteri

 

“Masa daftar nikah, pejabat agama kata..” – Along Cham dedah ibu pernah larang berkahwin dengan isteri

Pelawak Along Cham mendakwa keputusan berkahwin dengan isterinya, Afreena Suhaimi adalah satu kesilapan kerana sanggup membelakangi ibunya.

Pemilik nama Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, mededahkan perkongsian tersebut di Youtube D’Apetu Show.

Jelasnya, itu merupakan kesilapan yang dia buat ketika mahu memperisterikan wanita itu.

Itu kesilapan saya, sampai saya membelakangkan ibu saya.

Ibu saya dah melarang sebelum ini, tapi cinta itu membutakan. Banyak benda yang saya terpedaya dengan dia, terutamanya kata-kata dia.

Mengakui tidak melakukan penyelidikan terlebih dahulu, Along mendakwa dia memilih untuk tidak mengambil tahu kisah silam isteri kerana sudah meletakkan kepercayaan sepenuhnya.

Ada info yang saya dapat masa saya berkawan dengan dia, tapi saya tak patut korek kisah silam seseorang.

Saya percaya 100 peratus dekat dia.

Dakwanya, sebelum ini isterinya memaklumkan dia pernah berkahwin dan perkahwinan bersamanya adalah yang kedua.

Apa yang diberitahu, saya adalah perkahwinan yang kedua.

Tetapi masa daftar nikah, pejabat agama Sepang periksa, saya adalah perkahwinan ketiga dia.

Terkejut dengan maklumat itu, pelawak berusia 42 tahun itu mendakwa dia terus bertindak menelefon isterinya untuk mengesahkan perkara tersebut.

Dakwanya, Afreena Suhaimi berkeras menafikan perkara itu.

Saya pun bertanya, kalau saya teruskan anything tak jadi kahwin boleh kan dan pegawai itu jawab boleh.

Jadi, saya teruskan majlis akad nikah itu.

Bercerita lanjut, Along mendakwa bapa mentuanya juga tidak menceritakan perihal sebenar kepadanya sebelum meneruskan majlis tersebut.

Jadi saya bagi peluang dekat dia tetapi peluang itu tidak digunakan sebaik-baiknya.

Saya buat lafaz taklik itu bukan untuk menceraikan dia, saya cuma harap dia menjaga rumah tangga ini buat kali terakhir, tetapi rupanya tidak.

Sementara itu, Along turut berkata dia tidak pernah mendakwa zuriat yang dikandung oleh isterinya bukan daripada benihnya.

Perkara itu dihebahkan di penjara dan warden penjara perempuan maklumkan kepada saya. Cuma saya terfikir, ujian kehamilan di rumah itu dia tidak pernah buka.

Sampai (tarikh) 27 Januari, saya balik ujian kehamilan itu masih elok di atas meja. Persoalan saya pregnant test mana yang dia gunakan mengesahkan dia mengandung.

@buletin.tiktok

Replying to @buletin.tiktok 📽️🍉 Part 4. credit youtube D Apetu Show #fyp #berandafyp #gosip #bikinpanas #alongcham #alongrajalawak #cerai

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Sebelum ini, Along dilaporkan telah memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya.

Untuk info, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena, 33, pada 4 April 2024.