“Kena campak skrip bukan buli, tekap seterika baru boleh dilabel ‘buli’, manja sungguh” – Rita Rudaini
“Kena campak skrip bukan buli, tekap seterika baru boleh dilabel ‘buli’, manja sungguh” – Rita Rudaini.
Pelakon terkenal, Rita Rudaini anggap pelakon baru manja susulan ada yang mengatakan pernah menjadi mangsa buli di set pengambaran susulan dibaling skrip oleh pihak pengarah.
Perkara tersebut diselar oleh Rita menerusi Insta Story miliknya apabila menyatakan bahawa tindakan tersebut bukanlah satu kejadian buli.
Menurut Rita, dia sendiri pernah mengalami kejadian sama sewaktu di set pengambaran dan menganggap apa yang terjadi bukanlah satu bentuk gejala buli.
Ujarnya, dicampak skrip atau ditengking bukanlah satu bentuk buli kerana boleh jadi pelakon-pelakon tersebut sibuk dengan urusan yang tiada kena mengena dengan pengambaran sehingga kehilangan fokus sebenar.
“Sis pun pernah kena buli juga dekat set shooting.
“Dicampak tapi bukan skrip la, dicampak dengan kasih sayang,”“Kena campak skrip, tengking ke itu bukan buli.
“Mungkin banyak main telefon, bertiktok atau tak hafal skrip,” tulisnya.
Jelas Rita lagi, sepanjang hampir tiga dekat bergelar pelakon, belum pernah lagi dia merasakan dirinya dibuli dan menyatakan tindakan tersebut bukanlah satu bentuk buli.
Di akhir posting tersebut, dia sempat menyatakan bahawa rungutan tentang dicampak skrip sebagai satu buli tindakan manja buat seorang pelakon.
“Kalau campak skrip tu bukan buli. Tekap seterika ke pukul baru boleh di label buli.
“Manja sungguh,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Rita Rudaini merupakan pelakon yang hampir tiga dekat berkecimpung dalam industri seni lakonan.
Baru-baru ini, selebriti asal Perlis berkenaan telah menggenggam Trofi Aktres Pembantu TV Paling Popular Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-36.