Menyampuk bila orang bercakap, Mamat Sepah kena tegur dengan Ustaz Syamsul Debat

Menyampuk bila orang bercakap, Mamat Sepah kena tegur dengan Ustaz Syamsul Debat
Baru-baru ini, tular di media sosial satu klip rakaman yang memaparkan penceramah bebas, Ustaz Syamsul Debat menegur tindakan Mamat Sepah yang suka menyampuk ketika beliau sedang bercakap.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @MDzulhisyam9, difahamkan kejadian tersebut berlaku selepas Syamsul Debat dijemput dalam Dol’s Podcast episode 73 yang dikendalikan oleh Shuib, Mamat dan Fizie Roslan.
“Kalau aku lah Mamat, memang aku keluar dari podcast ini, tebal muka (tahan malu). Ustaz Syamsul Debat yang tegur, bukan calang-calang jemputan. Menyampuk tak kena tempat. Kalau tak berubah lagi tak tahu lah Mamat,” ciapnya.
Di dalam podcast terbabit, Syamsul berkongsi cerita sewaktu beliau masih muda dan dipanggil menjadi guru gantian di sebuah sekolah.
Semasa Syamsul bercerita, secara tiba-tiba Mamat menyampuk dengan menyebut perkataan ‘pengetua’ beberapa kali sambil tertawa.
Tindakan Mamat menyebabkan Syamsul bertindak memberi teguran secara gurauan agar pelawak itu memberinya ruang untuk bercakap terlebih dahulu.
“Kadang-kadang tak cerdiknya tunjuk, geram betul aku. Sabar, kena sabar dulu, daripada tadi aku menahannya,” kata Syamsul sebelum disambut gelak ketawa kedua-dua host berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan tindakam Syamsul menegur Mamat.
Kebanyakan netizen juga mengecam perbuatan Mamat yang gemar ‘memotong’ percakapan jemputan di dalam podcast.
Bukan hanya netizen di dalam X yang bersetuju dengan tindakan Syamsul Debat, sebaliknya pengguna Youtube juga berpuas hati selepas melihat Mamat ditegur oleh penceramah bebas itu.
Namun, mereka yang mengenali Syamsul Debat pasti tahu yang beliau sememangnya seorang yang kuat berjenaka dan suka memberi teguran kepada audience.