“Malu aku..” – Nama kena petik ikon fesyen berhutang, Wak Doyok jumpa Aliff Syukri
Ikon fesyen, Wak Doyok jumpa Aliff Syukri selepas namanya dikaitkan dengan hutang puluhan juta ringgit, namun dilihat menjalani kehidupan yang serba mewah.
Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Mohd Nor, 49, memberitahu dia sudah bertemu dengan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri bagi menyelesaikan salah faham yang telah timbul, baru-baru ini.
Pertemuan antara kedua-dua figura itu jelas membuktikan Wak Doyok bukanlah individu berhutang puluhan juta seperti mana dinyatakan oleh Aliff Syukri sebelum ini.
“Alhamdulillah, selesai salah faham di media sosial. Bukan aku ya Datuk Seri (Aliff Syukri) nak saman,” jelasnya.
Ketika pertemuan itu, pelakon filem Abang Long Fadil 2 turut akui dirinya malu apabila dituduh berhutang dengan Aliff.
“Malu aku Aliff, wartawan cari. Netizen kata aku gaduh dengan Aliff.
“Bukan aku sahaja ikon fesyen, ramai lagi. Tapi tak tahulah kenapa ramai tuju perkara tu kat aku,” kata Wak Doyok.
Dalam hantaran yang sama, Aliff memberitahu netizen telah salah faham mengenai ikon fesyen tersebut kerana individu berkenaan adalah wanita dan bukannya lelaki.
“Sebenarnya ramai salah tafsir. Yang salah cerita itu ikon fesyen wanita. Jadi individu itu bukan Wak Doyok,” kata Aliff Syukri.
Sebelum ini, Aliff Syukri mendedahkan bapa kepada ikon fesyen telah berhutang puluhan juta ringgit dengannya.
Usahawan berusia 37 tahun itu turut meluahkan rasa bengang dan memberi amaran kepada individu berkenaan supaya menyelesaikan hutang tersebut dengan kadar segera.
Lebih membuatkannya kesal apabila individu tersebut boleh pula beli barangan berjenama mewah selain melancong ke negara Eropah.
“Beli jam harga beribu, pergi London naik kapal terbang kelas pertama, aku pun naik ekonomi. Anak seorang ikon fesyen tapi saya taknak sebut. Saya dah buat surat pada bapa dia untuk selesaikan dan amaun tersebut cecah puluhan juta.
“Bulan Julai tak selesai (hutang), siap! Aku viralkan! Janji bulan dan bintang katanya anak pun jutawan,” katanya sebelum ini.
Alamak! Kalau bukan Wak Doyok, siapakah gerangan yang berhutang dengan penyanyi ‘nombor satu’ ni? Tak baik tau buat macam tu. Hutang wajib dibayar walau sesen sekalipun.