Malaysia tempat ke-10 negara paling aman di dunia

Malaysia tempat ke-10 negara paling aman di dunia

 

Malaysia tempat ke-10 negara paling aman di dunia

Malaysia sememangnya dikenali sebagai satu negara yang berbilang kaum dan rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan damai walaupun terdiri daripada masyarakat yang pelbagai.

Pelancong dari luar negara kerap kali memberikan maklum balas yang positif selepas melawat negara ini dimana mereka kagum dengan kepelbagaian yang ada.

Baru-baru ini, Global Peace Index (GPI) telah mengeluarkan senarai negara paling aman dan juga negara yang berbahaya untuk dikunjungi.

Dalam statistik yang dikeluarkan baru-baru ini, Malaysia menduduki tangga ke-10 dalam ranking negara paling aman di dunia bagi tahun 2024.
Negara paling aman di dunia tahun ini jatuh kepada Iceland diikuti Republik Ireland di tangga kedua dan Austria di tangga ketiga.
New Zealand menduduki tangga keempat diikuti jiran negara kita iaitu Singapura di tangga kelima, Switzerland di tangga keenam, Portugal di tangga ketujuh, Denmark di tangga kelapan dan Slovenia di tangga kesembilan.

Senarai di bawah ini merupakan negara yang paling tidak aman bagi tahun 2024 dan pengunjung dinasihatkan agar mengelakkan negara berikut.

Kedudukan Malaysia dalam senarai negara paling selamat mengukuhkan lagi untuk pelawat dari negara luar untuk mengunjungi negara ini pada masa akan datang.

Sebelum ini, dalam kaji selidik yang dijalankan oleh Times Higher Education (THE), Malaysia muncul sebagai pesaing penting dalam bidang institusi pengajian tinggi, dengan jumlah institusi pendidikan yang tinggi iaitu sebanyak 351.

Pendedahan ini meletakkan Malaysia sebagai yang ke-9 tertinggi dari segi bilangan universiti di Asia dan ke-17 di peringkat global, satu pencapaian yang mengejutkan memandangkan saiz negara yang agak sederhana.

Kajian yang dijalankan pada Julai 2023 dan dilaporkan oleh Statista, platform terkemuka Jerman yang mengkhusus dalam pengumpulan data dan visualisasi, memberi penerangan tentang landskap pendidikan Malaysia, meletakkannya di hadapan beberapa negara maju termasuk United Kingdom, Itali dan Sepanyol.

India mendahului kedudukan global dengan 5,349 universiti, diikuti rapat oleh Indonesia dengan 3,277 institusi.

Amerika Syarikat, China dan Brazil melengkapkan lima teratas, mempamerkan kepelbagaian global dan skala pendidikan tinggi.