Netizen akui Malaysia jauh lebih baik & ‘maju’ berbanding negara luar

Netizen akui Malaysia jauh lebih baik & ‘maju’ berbanding negara luar

 

Netizen akui Malaysia jauh lebih baik & ‘maju’ berbanding negara luar

“Jauh mana pun kita berjalan, negara sendiri lebih baik”. Itu ungkapan yang dikongsikan oleh netizen selepas melancong ke beberapa negara yang dianggap sebagai negara maju, namun hakikatnya masih ketinggalan berbanding Malaysia.

Di laman media sosial X, ramai netizen yang berkongsi pengalaman ketika melancong ke luar negara yang membuatkan mereka bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia atas beberapa sebab.

Salah seorang netizen berkongsi pengalaman yang mana beliau perlu membayar sekitar 3 Euro atau sekitar RM15 hanya untuk pam tayar kereta ketika berada di Jerman.

“Di Jerman, pam angin tayar kena bayar. 2 Euro (~10myr) utk 2 minit. Sebab kali pertama dan sibuk alihkan bahasa mengenai arahan di mesin. 1 minit bazir macam tu je. Kene tambah 1 Euro (~5myr) untuk habiskan. Total RM15 utk pam 4 tayar kereta,” tulis Dalia Ridzuan.

Seorang lagi netizen berkongsi waktu solat yang tidak berubah sepanjang tahun, keadaan geografi, kemudahan yang bersih, makanan yang pelbagai dan perkembangan teknologi yang pesat merupakan perkara paling utama beliau bersyukur dilahirkan di negara ini ketika melancong ke luar.

“Waktu solat tak beza banyak sepanjang tahun. Tak macam negara 4 musim. Keadaan muka bumi yang selamat. Tiada gempa bumi dan gunung berapi. Cashless payment. Mudah gerai tepi jalan pun dah ada. Dari segi makanan sepertu makanan barat, Italian, Japanese dan pelbagai lagi ada dan hampir sama dengan negara asal kalau pandai cari,” tulis Dorsy.

Satu lagi faktor yang menjadikan Malaysia jauh lebih baik ialah bidet tandas yang mana kebanyakan negara di Eropah dan Amerika Syarikat tidak mempunyai alat tersebut.

“Tandas kita ada bidet. Negara lain tiada dan itu benda yang selalu menyusahkan saya kalau melancong ke luar,” tulis Azura.