Dr Zakir Naik sifatkan Malaysia negara Islam terbaik, ini sebabnya

Dr Zakir Naik sifatkan Malaysia negara Islam terbaik, ini sebabnya

 

Dr Zakir Naik sifatkan Malaysia negara Islam terbaik, ini sebabnya

Pendakwah terkenal Dr Zakir Naik menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara muslim terbaik untuk umat Islam.

Dia menyatakan pendapatnya itu ketika muncul dalam satu siaran podcast yang disiarkan di platform YouTube Dr Richard Lee.

“Saya rasa dalam kalangan semua negara dalam dunia hari ini, Malaysia adalah negara terbaik untuk didiami.

“Ia tidaklah sempurna 100 peratus, setiap negara ada kebaikan dan keburukannya.

“Namun dalam kalangan semua negara yang ada, menurut saya Malaysia adalah negara terbaik untuk didiami oleh Muslim pada hari ini,” ujarnya.

Menurut Dr Zakir, terdapat beberapa ciri yang menjadikan Malaysia negara yang sempurna untuk umat Islam.

“Pertamanya, kamu harus faham yang sebahagian besar negara Muslim dikawal oleh negara-negara bukan Islam. Hanya ada beberapa negara dalam dunia yang tidak dikawal oleh negara bukan Islam.

“Malaysia adalah salah satu yang tidak dikawal oleh negara bukan Islam. Di Malaysia, Islam adalah agama persekutuan. Di Malaysia, sekitar 63 peratus penduduknya adalah Muslim.

“Ketiga, ia tidak berada dalam zon perang. Keempat, ekonomi Malaysia sangat baik. Kelima, kos sara hidup tidak tinggi seperti negara barat atau negara Arab,” ujarnya.

Yang keenam kata pendakwah itu, dia juga mengagumi nilai Islam yang diterapkan di Malaysia, khususnya dalam sistem perbankan dan kewangan.

“Ada negara yang penduduk Muslim lebih tinggi (berbanding Malaysia), namun negaranya mengamalkan kefahaman sekular,” ujar Dr Zakir lagi.

Antara negara Islam lain yang disebut dalam temubual itu ialah Indonesia, Bangladesh dan India.