Wanita ‘makeup’ & pakai kostum Valak buat polis terkejut ketika roadblock
Wanita ‘makeup’ & pakai kostum Valak buat polis terkejut ketika roadblock
Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Fazwin turut tidak ketinggalan untuk melakukan perkara yang sama sewaktu menghadiri majlis makan malam tahunan syarikatnya.
Namun insiden yang berlaku sewaktu dalam perjalanan ke lokasi majlis makan malam membuatkan ramai terhibur.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Fazwin di X, awalnya kelihatan dia memilih untuk memakai kostum Valak untuk majlis makan malam yang bertemakan karakter.
Namun dalam perjalanan ke lokasi majlis tersebut pada malam itu, secara tiba-tiba terdapat sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan oleh pihak polis.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan Fazwin bimbang disebabkan dia tidak sahaja memakai kostum Valak sebaliknya wajah turut dimekap mirip seperti karakter seram itu.
“Tolong, saya tak nak polis mati terkejut (kerana tengok Fazwin seperti hantu),” tulisnya.
Sebaik melepasi sekatan jalan raya itu, seperti yang dijangka Fazwin memaklumkan penampilannya itu membuatkan polis terkejut.
“Polis tadi pakcik-pakcik ya (sudah tua). ‘Terkejut aku, ingat betul hantu’ sambil urut-urut dada. Saya minta maaf pakcik. Apa yang lebih buruk lagi, cukai jalan (road tax) mati pula beberapa hari lepas.
“Pakcik berkenaan terganggu (dengan kostumnya) tadi jadi dia benarkan saya pergi,” ujarnya.
Jelas Fazwin, dia memilih karakter Valak itu kerana suka dengan tema serta mempunyai kemahiran untuk membuat mekap berkenaan.
“Pakaian juga mudah dan senang cari. Tambahan pula, untuk pemenang ‘best costume’ akan memenangi wang tunai RM500.
“Saya ada niat kalau saya menang, nak guna duit tersebut untuk perbaharui road tax kereta yang dah mati 14 Januari hari tu.
“Malangnya, saya tak menang. Tetapi kena viral dalam satu malam sebab pakaian saya pun dikira rezeki untuk perniagaan kerja seni saya,” kata Fazwin kepada BuzzKini.
Ketika ditanya apakah yang dikatakan oleh pihak polis sebaik melihat dia berpakaian seperti itu, Fazwin mengatakan mereka hanya bertanya dia dari mana dan sebaik memberi penjelasan mereka hanya menyuruhnya beransur.
“Dia orang (polis) tanya balik dari mana? Ada apa malam ni? Saya cakap baru balik dinner. Tapi sebab pakcik tu terkejut sangat dia suruh saya beransur pergi.
“Malam tu pula, terserempak dengan dua kakak dekat lif. Tempat kawasan parkir kereta pula gelap. Kakak berdua tu sikit lagi nak jerit, nasib baik sempat cakap ini kostum kak!”
Dalam satu lagi hantaran, Fazwin turut memaklumkan dia meminjam kasut bapanya dan tudung ibu untuk menjayakan watak yang dibawa sebagai Valak pada malam itu.
Menerusi semakan kami, Fazwin juga ada menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di sosial media menjual buku nota serta sarung telefon yang dilukisnya sendiri.
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan hantaran Fazwin malah ramai yang ingin mengetahui reaksi sebenar polis ketika melihatnya dalam kostum Valak itu.
Tidak kurang ada yang turut terkejut sebaik melihat wajah Fazwin dengan solekan hantu yang dibuatnya itu.