“Kau pergi hisap tempat lain!” – Makcik ‘otai’ masjid halau jemaah tengah menyusu anak sebelum waktu berbuka

“Kau pergi hisap tempat lain!” – Makcik ‘otai’ masjid halau jemaah tengah menyusu anak sebelum waktu berbuka

 

“Kau pergi hisap tempat lain!” – Makcik ‘otai’ masjid halau jemaah tengah menyusu anak sebelum waktu berbuka

Niat seorang ibu untuk berbuka puasa di masjid dan mengimarahkan rumah ibadat itu nampaknya bertukar menjadi pengalaman buruk dalam hidupnya.

Tanpa mendedahkan lokasi masjid, wanita itu berkata semuanya bermula selepas dia menyusukan anak sementara menunggu waktu berbuka.

“Konon nak iftar dekat masjid. Disebabkan masjid tu tak ada privasi dan sangat terbuka, jadi saya cari bilik tertutup nak menyusu.

“Dalam bilik simpan kain sembahyang, saya cari sudut paling hujung, tepi dinding, jalan mati. Tak ada keperluan orang lalu lalang situ.

“Tiba-tiba datang seorang makcik halau kita tengah susukan baby,” luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Bercerita lanjut, dia mengakui terkejut dengan tindakan jemaah wanita berusia itu yang didakwa menegurnya secara kasar.

“Dia kata… dah, berhenti. Pergi buat (menyusu) dekat lain, susah orang nak lalu.

Tak payah duduk sini, pergi susukan anak kat tempat lain. Saya tahan lagi perasaan ni,” ujarnya yang mengimbas kembali kata-kata jemaah wanita berusia itu.

Ketika itu, dia mengakui buntu dengan situasi tersebut kerana mengakui dia menjaga adab sebaik mungkin ketika menyusukan anak di masjid.

“Bilik tu dahlah panas tak ada kipas, jadi tak ada orang nak duduk lama dalam bilik tu. Orang datang dan pergi cuma nak ambil kain sembahyang je dalam tu.

“Tak tahu bahagian mana orang nak lalu kat dalam tu. Dahlah kain sembahyang tepi pintu je, jauh dengan saya. Tiada masalah laluan pun kalau orang nak pergi ambil kain sembahyang tu,” jelasnya.

Lebih mengejutkan, jemaah itu secara tidak langsung turut ‘menegur’ anaknya yang masih kecil secara sinis.

“Disebabkan bising, baby ni berhenti melangut tengok dia, dia boleh cakap kat baby… dah, dah kau berhenti hisap susu tu, pergi susu tempat lain.

“Saya sabar lagi. Kalau satu patah lagi keluar dari mulut orang tua ni. Gaduh sia-sia je. Dia tengok muka saya dah berubah, terus diam lari dari situ,” katanya.

Jauh di sudut hati, dia sedih dengan kejadian yang menimpanya sambil disaksikan oleh anak kecilnya sendiri.

“Allahu, salah ke sebenarnya nak susukan baby dalam masjid ni. Takkan acik nak suruh saya susukan baby dalam tandas.

“Masa tu baby ni merengek sangat nak susu. Mana nak tenangkan dia lagi, dalam masa sama kena halau lagi,” tambahnya.

Dalam kesedihan, dia kemudian membuat keputusan untuk tidak berada lama di masjid dan pulang ke rumah selepas waktu berbuka.

“Merajuk hati ni, terpaksa balik cepat-cepat. Sedih sebab ini pertama kali saya ambil suasana nak iftar kat masjid beramai-ramai.

“Selalu tak ada kesempatan nak join. Tapi dapat pula pengalaman sedih, pakej malu lagi kena halau begitu,” luahnya sambil mengharapkan agar masjid menyediakan kemudahan untuk jemaah wanita menyusukan anak.

Sumber: mStar