Makcik menyamar jadi tetamu sebelum ‘rembat’ wang tunai di majlis perkahwinan

Makcik menyamar jadi tetamu sebelum ‘rembat’ wang tunai di majlis perkahwinan

 

Makcik menyamar jadi tetamu sebelum ‘rembat’ wang tunai di majlis perkahwinan

Seorang wanita yang didakwa mengambil wang tunai berjumlah RM2,500 di sebuah majlis perkahwinan di Kampung Tasek Berangan, di sini, tular di media sosial sejak semalam.

Kejadian itu berlaku pada jam 12.42 tengah hari Sabtu lalu apabila wanita berkenaan dikatakan menyamar sebagai tetamu untuk menumpang tandas sebelum melarikan wang tunai yang terdapat di ruang tamu.

Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 38 saat itu, wanita bertudung dan memakai baju kurung itu dilihat keluar dari tandas.

Wanita itu kemudiannya ke ruang tamu yang turut terdapat dua kanak-kanak bermain di ruang berkenaan.

Selepas itu, wanita berkenaan dipercayai mengambil beg tangan yang diletakkan di atas almari dipercayai milik tuan rumah yang mengandungi wang tunai RM2,500.

Wanita berkenaan juga disyaki tidak diundang ke majlis terbabit serta tidak dikenali oleh tuan rumah.

@malayansecretsociety

Menyamar sebagai tetamu, tumpang tandas dan melarikan wang ringgit sebanyak RM 2,500. Tarikh: 01 Feb 2025 Masa: 12:40PM Lokasi: Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas

♬ Scary music horror mystery(1040775) – parts di manta

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, berkata setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung video yang tular itu.