“Order je, makanan turun dari langit..” – Lelaki berniaga tepi tingkap raih perhatian

“Order je, makanan turun dari langit..” – Lelaki berniaga tepi tingkap raih perhatian

 

“Order je, makanan turun dari langit..” – Lelaki berniaga tepi tingkap raih perhatian

Setiap perniagaan pasti ada pasang surutnya, lebih-lebih lagi, jika rezeki itu sudah tertulis untuk kita, tidak kira di mana mahupun cara pasti ada hasilnya.

Begitulah seorang lelaki menerusi video di akaun TikToknya, @abangtingkapp,  hanya menjalankan perniagaan kecil melalui tepi tingkap rumah.

Menariknya, lelaki dari Langkawi ini hanya menjual tiga menu makanan sahaja iaitu Nasi Goreng, Kuew Teow Goreng dan Mee Goreng.

Walau bagaimanapun, keunikannya dalam berniaga membuatkannya tidak menang tangan, bahkan video perniagaannya tular di media sosial.

Dalam beberapa klip yang dimuat naik olehnya, memaparkan pelanggan datang ke kedainya untuk mengambil makanan.

Uniknya, makanan tersebut akan diletakkan di dalam bakul oleh Abang Tingkap dan diturunkan menggunakan tali yang diikat pada bekas itu dari atas tingkap rumahnya.

Disebalik kisah rezekinya yang semakin terbuka luas, terselit kisah dan cabaran sebelum wujudnya ” kedai Abang Tingkap”.
Maklum Abang Tingkap dalam satu hantaran, dia sebelum ini merupakan seorang tukang masak di sebuah restoran.

Bagaimanapun, dia terlibat dalam satu kemalangan beberapa bulan lalu, yang menyebabkan dia tidak dapat bekerja susulan tidak mampu untuk berdiri dalam tempoh yang lama.

Disebabkan duit simpanan yang hampir habis, dia mengambil keputusan untuk berniaga dari rumah secara self-pickup, bagi menampung kos perbelanjaan harian dan ubatan ketika cuti sakit.

Namun, siapa sangka ujian terlibat dalam kemalangan itu menjadi pintu rezeki untuknya hingga kini.

@abangtingkapp

Ada yang nak belanja customer abang tingkap tapi adik ni pula dia lak fowardkan. ishhh kowang ni semua baik baik.. #abangtingkap #abangtingkaplangkawi #nasigorengabangtingkaplangkawi #langkawi #langkawifoodie #nasigorengabangtingkap

♬ original sound – abangtingkapp – abangtingkapp

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon positif apatah lagi makanan yang dihasilkan meraih sambutan hangat.

“Saya belum makan lagi saya dah tahu nasi goreng tu sedap. Tengok je saya dah tahu sedap,” kata seorang warga.

“Baru tadi ada orang review makanan. 5 ringgit selambak, puas makan,” ujar seorang lagi.