Makanan segera Mi Sedaap Korean Spicy dikesan mengandungi racun serangga perosak

Makanan segera Mi Sedaap Korean Spicy dikesan mengandungi racun serangga perosak

 

Makanan segera antara makanan pilihan ramai. Selain enak dimakan ketika perut lapar, ia juga mudah disediakan dengan harga yang masih mampu dibeli.

Sejak dulu lagi, ada banyak pertikaian mengenai makanan segera termasuk dakwaan meenya dikatakan mengandungi lilin dan ia kurang baik untuk penghadaman. Namun begitu, ia masih menjadi pilihan ramai termasuk disukai oleh ramai remaja dan kanak-kanak.

Terkini, bagi yang sering membeli produk mi segera berjenama Mi Sedaap Korean Spicy Chicken dan Soup bertarikh luput boleh 21 Mei 2023 bagi Spicy Chicken dan 17 Mac 2023 bagi Spicy Soup sudah boleh membuangnya kerana ia dikesan mengandungi Ethylene Oxide (racun serangga perosak).

Dipetik dari Public Health Malaysia, dimaklumkan mengenai isu penarikan bagi dua produk ini dengan tarikh luput berkenaan.

Isu Penarikan Semula Produk Mi Sedaap Yang Mengandungi Ethylene Oxide (racun serangga perosak)

Makanan Segera Mi Sedaap Korean Spicy, Dikesan Mengandungi Racun Serangga Perosak

Mi Sedaap Korean Spicy Chicken – batch tarikh luput 21 Mei 2023
Mi Sedaap Korean Spicy Soup- Batch 17 Mac 2023.

Melalui semakan KKM ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) mengesahkan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles ada diimport ke negara ini.

Walau bagaimanapun, tiada kemasukan produk terlibat dengan dengan tarikh luput seperti di atas direkodkan.

Namun jika anda menemui produk batch ini di pasaran laporkan ke Pejabat Kesihatan berhampiran.