Tak setuju mak nak kahwin lain, anak-anak berpakat tak balik beraya di kampung

Tak setuju mak nak kahwin lain, anak-anak berpakat tak balik beraya di kampung

 

Tak setuju mak nak kahwin lain, anak-anak berpakat tak balik beraya di kampung

Baru-baru ini, tular di platform X, luahan seorang individu yang kecewa melihat neneknya dipinggirkan oleh anak-anak sendiri selepas mengambil keputusan untuk berkahwin semula.

Menurut individu tersebut, keputusan wanita itu untuk meneruskan hidup dengan pasangan baru tidak diterima baik oleh anak-anaknya. Anak-anak bukan sahaja membantah, malah terus memutuskan hubungan dan enggan berjumpa ibu kandung mereka.

Arwah atok meninggal 3 tahun lepas. Nenek decide nak kahwin baru. Anak-anak semua tak setuju. Lepas tu semua pakat palau nenek. Orang tua tu pergi check up KK naik teksi kau bayangkan. Ni raya anak dia tak jenguk pun.

Lebih menyedihkan, bapanya sendiri yang sebelum ini sangat bergantung kepada nenek juga berubah sikap. Malah keadaan itu menyebabkan suasana raya tahun ini berbeza apabila semua ibu dan bapa saudaranya enggan pulang beraya bersama seperti kebiasaan.

Ayah aku antara anak yang tak setuju. Sejak nenek nekad nak kahwin ayah aku asyik marah nenek je. Semua benda tak puas hati padahal sebelum ni dia paling bergantung dekat nenek, kira anak mak.

Tahun ni raya pakcik makcik semua tak balik, tak berkumpul sebab kes nenek nak kahwin.

Kitorang sebagai cucu setuju je nenek kahwin sebab at least ada org jaga. Dah anak dia semua abaikan dia. Kerja nak minjam duit je tapi biar nenek duduk sorang je dekat rumah tak ada siapa tunggu. Kitorang sebagai cucu sedih raya tahun ni sebab tak berkumpul.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang bersetuju dengan sikap dan tindakan anak-anak wanita terbabit. Mereka berpendapat bahawa tanggungjawab menjaga dan membahagiakan ibu bapa seharusnya menjadi keutamaan.

Anak bodo* macam tu la. Bagi je lah kahwin apa salahnya kalau dah jodoh elok. Elok-elok dapat pahala burn macam tu je sebab jadi bodo* konon-konon menjaga keluarga. Tak tau sakitkan hati mak sendiri dosa macam mana.

Maaf cakap tapi anak-anak dia semua bodo*, dah tak boleh jaga tapi tk bagi kahwin. Lagi satu pinjam duit pandai tapi abaikan mak sendiri. Boleh dibiarkan orang tua tu pergi klinik sorang. Palau dia sebab nak kahwin je? Umur dah tua perangai macam belum sunat.

Cucu betul. Anak-anak risau bab harta pusaka kena balun. Member kampung ada konflik macam ni juga. Tanah dah tukar nama ke anak-anak lepas tu kahwin. Anak-anak pun belum tentu boleh jaga mak selalu dekat rumah.

Bila nenek ade rasa nak kahwin, itu makna ada naluri dia lagi. Nak disayang, nak dijaga. Patutnya tak boleh larang. Lagi dah jadi macam sekarang, siapa lagi nak support emosi nenek? Anak-anak pun tak nak jaga hati dia, jadi ada ruang lah orang lain jaga hati.