Majlis kahwin batal pada Mei, Siti Jamumall dedah sebab pilih nikah di Satun Thailand

Majlis kahwin batal pada Mei, Siti Jamumall dedah sebab pilih nikah di Satun Thailand

 

Susulan pempengaruh media sosial Siti Jamumall nikah di Thailand baru-baru ini, wanita itu akhirnya tampil memberikan penjelasan mengapa dia dan suami mengambil keputusan itu.

Menerusi satu tangkap layar siaran langsung Siti yang dimuat naik semula di TikTok, pempengaruh itu berkata dia mengalami kerugian besar akibat perkahwinannya yang terbatal sebelum ini.

“Ini bukan sebab duit dan kalau saya cerita tentang duit, takde duit ke atau ada yang kata saya kaya, kenapa tak kahwin di Malaysia?

“Awak semua tak tahu berapa banyak saya rugi untuk perkahwinan saya yang tak jadi,” katanya.

@intanzawiyah87

KELUAR SUDAH STATEMENT SITI… JGN JUDGE LUARAN..#sitijamumall #kahwin

♬ original sound – I’m intan – I’m intan

Dalam pada itu, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata jika benar-benar cinta terhadap seseorang, dia tidak akan memandang harta lelaki itu.

“Saya anggap saya ada rezeki yang lebih sedikit dari orang lain. Kalau awak semua tanya kenapa tak buat majlis kahwin mewah-mewah dengan rezeki tu?

“Saya ni, kalau dah suka dan cintakan seseorang tu, dia kahwin saya dengan senaskah al-Quran pun saya terima. Saya tak kisah, faham tak?” luahnya.

Sebelum ini, Siti memuat naik video memaparkan majlis pernikahannya bersama pasangan, Aiman Tak Kisah yang dibuat secara kecil-kecilan.

Bagaimanapun, Siti yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata itu belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut mengenai perkahwinannya itu.

Terdahulu, Siti sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki lain pada 31 Mei ini namun majlis tersebut terpaksa dibatalkan pada saat akhir atas faktor peribadi.

Malah, persiapan untuk majlis perkahwinan itu telah selesai termasuklah jemputan kepada semua tetamu telah dihantar.

Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai pada Disember 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki dan Putra Aiman Zafran, masing-masing berusia 5 dan 3 tahun.