“Makin rare, makin mahal” – Lelaki ini pertahan tindakannya jual dua majalah Ujang RM4,000

“Makin rare, makin mahal” – Lelaki ini pertahan tindakannya jual dua majalah Ujang RM4,000

 

“Makin rare, makin mahal” – Lelaki ini pertahan tindakannya jual dua majalah Ujang RM4,000

Majalah Ujang rare kini sudah mencecah harga ribuan ringgit di pasaran kolektor barangan lama.

Seorang penjual barang barang koleksi mempertahankan tindakannya menjual majalah ujang mencecah RM4,000 untuk dua unit.

Dia kecewa kerana ada orang mengecamnya menjual buku langka atau majalah Ujang rare itu dengan harga RM1,800 senaskah dan jika beli dua naskah akan dikenakan RM4,000.

Dia menjelaskan: “Ada orang kecam saya sebab jual barang  RM1,800, sebab dia kata tak patut harga seperti itu.

“Dia macam ni, semakin rare barang itu maka semakin mahal harga dia.

“Ini satu lagi contoh barang rare yang saya jual, buku Ujang tahun 2001, dan satu lagi tahun 1999.

“Ini antara barang yang sudah tak ada lagi. Yang ini saya jual RM1,500 dan yang ini RM1,800.

“Dan andaikata kamu ambil [beli] dua, saya letak harga RM4,000.

“Sebab apa kita jual mahal mahal? Sebab ini barang yang sudah tak ada.”

Netizen agak berbelah bagi pendapat dengan harga diletakkan. Kerana menurut mereka harga untuk majalah Ujang yang dianggap rare itu tidaklah sampai RM4,000 untuk dua unit.

Namun ada juga yang mempertahankan tindakan peniaga tersebut. Kerana menurut mereka di luar negara komik Marvel yang dianggap rare boleh dijual sehingga USD5 juta.

Menurut mereka jika ada yang sanggupp membeli, tiada masalah. Kerana cabaran sebenar adalah mencari pembeli bukannya meletakkan nilai  harga.

Yang lain pula mempersoalkan tentang matematik digunakan oleh peniaga tersebut: “RM1,800 + RM1,500 = RM4,000?”

Mereka hairan kerana biasanya kalau dua barang ada harga diskaun. Tapi ini lebih tinggi pula.

Ada juga yang mencadangkan jika mahu membeli buku itu jangan terus beli dua naskah. Beli satu satu. Kerana risau terkena harga RM4,000.

Seorang lagi netizen kecewa mengenangkan majalah Ujang yang lama disimpannya sudah dijual ibunya kepada pembeli surat khabar lama.