“Cantiknya, macam Melly Goeslaw” – Makin langsing, penampilan terbaru Enot buat ramai terkedu

“Cantiknya, macam Melly Goeslaw” – Makin langsing, penampilan terbaru Enot buat ramai terkedu

 

“Cantiknya, macam Melly Goeslaw” – Makin langsing, penampilan terbaru Enot buat ramai terkedu

Penampilan terkini pelakon dan pelawak Enot telah menyorot perhatian warganet selepas dilihat berjaya menurunkan berat badan.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 46, yang memakai pakaian berona hitam sedang mempromosikan sebuah produk makanan tambahan.

Namun, yang menarik perhatian adalah tubuh badan Enot yang dilihat semakin langsing berbanding penampilannya sebelum ini.

Dalam pada itu, Enot turut membalas pertanyaan warganet mengenai berat badannya yang terkini iaitu 75kg.

Menurut Enot, selain pengambilan produk makanan tambahan, dia juga melakukan senaman serta ke sauna.

@enot7812

Salam selamat berpuasa hr ke 3 dah,yg mane x mulakan lg minum @KALISTA HQ mulakan sekarg sbb bila minum teh tarik atau almond maciato dr kalista kt rasa kenyang smpai petang n yg paling penting kt x perlu risau nak mkan bnyk masa berbuka sbb lps buka puasa je kt minum burnicetea terus dia bantu kt mbuang sume lemak2 yg x patut,so tggu apa lg dptkan produk kalista skrg,bole pg ke hq live setiap hr atau pg ke bag kunjng yg vttnya akk dah pinnedkan kat feet akk ok #bersyukur #alhamdulillah #seremban #fypage #2025 #fypシ゚viral🖤tiktok #ramadan #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚ #tehtarikkalista #fypmalaysia #fypburnicetea #sihat #raya #kalista #fypborneo #angsanamall

♬ original sound – ENOT78 – ENOT78

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji perubahan fizikal pelakon filem Cinta Luar Biasa itu.

Serius la Enot? Kurusnya, dah macam Melly Goeslaw.

Cantiknya dia, harap-harap Enot dapat kekal langsing macam ini ya.

Kalau tak tengok nama akaun TikTok, tak sangka Enot rupanya.