‘Maaf kuasa tiga’

‘Maaf kuasa tiga’

 

MAAF KUASA TIGA

Kes 1- 9 Feb 2023

Dia fitnah PM Malaysia promosi agenda LGBT dan Komunis. Lepas kena gertak dengan LOD, dia mintak maaf, kes tak diteruskan.

May be an image of 2 people and text

Kes 2- 2 Dec 2024

Dia fitnah MB Perak zalim dan biadap. Selepas kena sound dalam DUN, dia mintak maaf. Siap mintak MB belikan dia sebagai Ketua Pembangkang kereta baru, punya tak malu.

May be an image of 2 people and text

Kes 3- 11 Disember 2024

Dia fitnah Menteri KPKT, katanya acara kibar bendera China di Teluk Intan itu Menteri yang ni pelopori. Bila kena LOD, kelam kelibut minta maaf lagi.

May be an image of 2 people and text

Sebagai orang Perak, saya sangat tak berkenan Ketua Pembangkang di DUN ni. Cakapnya merapu sahaja, nampak sangat eager beaver nak kan kuasa semata.

Sekarang dah macam jadi SOP dia.

FITNAH- MINTAK MAAF- REPEAT.

Less than 2 years, 3 fitnah major dia buat. Dah jadi macam PEMFITNAH TEGAR. Dia terlepas sebab dia minta maaf.

Ini lah isunya bila agama dijadikan parti. Apa sahaja taktik jahat politik, seperti fitnah dan adu domba, akan terpalit kepada agama juga.

Kalau politikus yang kononnya mewakili Islam mengamalkan perangai fitnah dan menipu untuk undi, bagaimana orang lain memandang Islam nanti?

Pejuang agama pada saya bukan bermaksud anda berperang dan memusuhi orang bukan seagama. Patutnya anda berusaha dekatkan orang lain kepada kita.

Saya selalu percaya, orang menilai sesuatu agama bukan melalui kitab sucinya, tetapi melalui tingkah laku pengamalnya.

Kalau inilah pemimpin Islam yang dipuja, you tell me. Orang nak dekati atau lebih menjauhi?

Malaysia kena mula berfikir bagaimana nak buat depolitisi agama. Seperti Indonesia, Brunei dan Turki.

Agama itu tidak seharusnya dimonopoli oleh mana-mana pihak. Tambah orang politik.

Agama itu sifatnya menyatukan. Politik pula memecah belah. Makanya seperti air dan minyak.

Moga reformasi politik ini berlaku segera. Ini yang terbaik untuk negara, menolak penunggang agama.

Liyana Marzuki