“Sorang isteri orang, sorang lagi suami orang” – Luahan kecewa isteri Abang Viva raih perhatian

“Sorang isteri orang, sorang lagi suami orang” – Luahan kecewa isteri Abang Viva raih perhatian

 

“Sorang isteri orang, sorang lagi suami orang” – Luahan kecewa isteri Abang Viva raih perhatian

Isteri Abang Viva luah perasaan di TikTok apabila menyatakan bahawa suami suaminya bertukar-tukar mesej dengan seorang wanita.

Dalam hantaran tersebut Evanoza mempertanyakan tindakan yang dibuat oleh suaminya apabila didapati bermesej dengan wanita lain dan mendakwa individu tersebut adalah isteri orang.

Evanoza juga mendakwa suami dan wanita itu mengatanya dari belakang serta memberitahu sudah tidak sanggup bertahan dengannya.

“Tapi dalam masa yang sama kau mengata dan cakap tak tahan nak stay dengan aku.
“Aku dah cakap pintu sentiasa terbuka, kau datang tak diundang, kau pergi tak halang,” tulisnya.

Menerusi salah satu tangkapan layar yang dikongsikan oleh Evanoza, perbualan itu juga menyentuh perihal rumah tangganya dan dipercayai suaminya akui tidak tahu sampai bila dapat bertahan dengan perkahwinan tersebut.

Perkongsian yang dibuat oleh isteri kepada Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar telah menarik perhatian ramai sehingga menerima pelbagai respon di media sosial.

Ada di antara mereka akui sedih jika seorang lelaki sanggup berkata begitu dengan wanita lain lebih-lebih lagi memperkatakan tentang keburukkan isteri sendiri.

Apa-apa pun, didoakan agar rumah tangga Abang Viva dan isteri terus bertahan dan tidak diganggu mana-mana pihak sehingga boleh merosakkan hubungan.