Lelaki tumbuk pemandu wanita langgar anak melintas, saksi tampil dedah cerita sebenar

Lelaki tumbuk pemandu wanita langgar anak melintas, saksi tampil dedah cerita sebenar

 

Lelaki tumbuk pemandu wanita langgar anak melintas, saksi tampil dedah cerita sebenar

Video seorang lelaki menumbuk wanita yang memandu kereta Perodua Axia kecoh menjadi bualan di media sosial.

Menerusi video tular, pelaku dilihat berdiri di sisi kereta sebelum dia menumbuk mangsa yang berada di tempat duduk pemandu.

Selepas serangan itu, pelaku dilihat mengusung seorang kanak-kanak, dipercayai anaknya untuk diletakkan di kawasan tepi jalan raya.

Selepas kanak-kanak itu diletakkan di tepi jalan, pelaku sekali lagi mendekati kereta mangsa dan cuba menyerang pemandu wanita berkenaan.

Berdasarkan maklumat di media sosial, pemandu wanita itu didakwa terlanggar anak kepada lelaki tersebut, menyebabkan dia naik angin.

Bagaimanapun, video asal kejadian itu yang dimuat naik menerusi TikTok Fattyaazi sudah diturunkan daripada platform berkenaan.

Menerusi akaun sama, Fattyaazi kemudiannya memuat naik penjelasan daripada individu yang mendakwa dia adalah adik kepada pemandu Axia tersebut.

“Ceritanya macam ni, akak saya baru keluar simpang arah bazar uptwon tu. Dia slow je (kelajuan) dalam 20 km/j ke 30 km/j. Depan dia ada kereta Aruz besar tu… halang penglihatan dia.

“Yang lelaki tu dengan anak-anak melintas. Tapi dia dekat belakang, anak bini dia dulu ke depan. Jadi langgarnya slow saja sebab (kelajuan) 20 km/j ke 30 km/j je kan.

“Anak dia luka sikit je dekat kaki tapi spin dekat polis dia kata anak bini dia kena langgar sampai melambung,” dakwa individu itu, namun lokasi sebenar kejadian tidak dinyatakan.

Dalam tangkap layar sama, individu itu turut mendakwa kakaknya ditumbuk sebanyak dua kali oleh pelaku.

“Akak saya bukalah pintu, tapi laki tu terus kepak (buka) besar-besar (luas). Sampai pintu rosak la, kunci kereta pun dia sentak. Lepas tu dia terus tumbuk kepala akak saya. Akak saya auto minta maaf.

“Tapi mungkin dia tak boleh terima. Dia tumbuk kali kedua. Ya betul (kakak tak perasan famili tu). Akak saya pun terkejut dia tiba-tiba ada depan kereta,” dakwa individu itu lagi.

Di ruangan komen posting sama, muncul seorang individu dikenali sebagai Syaeeera yang mendakwa dia sebagai pemandu Axia tular berkenaan.

Penjelasan individu yang mendakwa dirinya sebagai adik kepada pemandu Axia berkenaan.

“Salam, saya komen semula dekat sini. Rasanya ada yang report video pertama itu. Saya driver Axia tu. Minta jasa baik yang ada video daripada awal, dashcam atau rakaman sejak awal untuk beri pada saya, terima kasih,” tulis wanita itu.

Dalam pada itu, ramai netizen di ruangan komen turut memberi nasihat kepada pemandu Axia agar tampil membuat laporan polis untuk mendapatkan keadilan buatnya.

“Ya Allah, kesian perempuan tu. Dah la perempuan, nak raya ni.

“Sakit hati, geram tengok video dia tumbuk tu. Ya Allah, baran tak bertempat.

“Lelaki pukul perempuan weh. Kudrat lelaki. Allahuakhbar, geram tengok,” tulis netizen.

Sebagai rekod, kejadian itu berlaku di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Satu laporan polis juga dibuat sejurus kejadian berkenaan.