“Sakit, minta maaf” – Terlanggar gerai, lelaki OKU merintih ketika dikasari

“Sakit, minta maaf” – Terlanggar gerai, lelaki OKU merintih ketika dikasari

 

“Sakit, minta maaf” – Terlanggar gerai, lelaki OKU merintih ketika dikasari

Seorang lelaki OKU merintih ketika dikasari kerana terlanggar gerai di sebuah pasar tani di Padang Astaka Chukai, Kemaman selepas dipukul, ditendang dan diheret di tengah orang ramai ketika waktu hujan.

Dalam video yang tular di media sosial, lelaki terbabit yang dipercayai mengalami masalah mental dan mempunyai kad Orang Kurang Upaya (OKU) telah menunggang motosikal di kawasan tersebut sebelum hilang kawalan dan terlanggar sebuah gerai.

Dapat didengar menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai azmirul_azman yang lelaki itu merintih mengatakan sakit dan meminta maaf berulang kali selepas dipukul dan diheret.

Dia juga telah ditendang berkali-kali oleh beberapa orang termasuklah di bahagian muka.

“Sakit, minta maaf, minta maaf,” rintihnya sewaktu sedang diheret beberapa orang lelaki.

@

♬ –

Susulan daripada tularnya video tersebut, pihak polis sedang mengesan beberapa individu yang terlibat mengasari lelaki terbabit selepas mendapat laporan.

Memetik laporan dari Sinar Harian, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Ja’far memaklumkan yang pihaknya telah mendapat laporan tentang kejadian berkenaan pada jam 9.30 pagi.

Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental yang terlanggar salah sebuah gerai jualan.

“Siasatan awal mendapati mangsa berumur 47 tahun itu yang menunggang motosikal telah memasuki kawasan tapak jualan pasar tani dan kemudian terlanggar salah sebuah gerai jualan menyebabkan barang jualan tumpah dan jatuh.

“Situasi itu telah mendorong beberapa individu memukul mangsa. Akibat kejadian itu, mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut,” katanya.