“Kewangan bukan masalah utama tapi..” – Lelaki nikah kali ke-3 kongsi tips buat suami yang ingin berpoligami

“Kewangan bukan masalah utama tapi..” – Lelaki nikah kali ke-3 kongsi tips buat suami yang ingin berpoligami

 

“Kewangan bukan masalah utama tapi..” – Lelaki nikah kali ke-3 kongsi tips buat suami yang ingin berpoligami

Tiada semua menganggap suami bernikah lagi sebagai sesuatu perkara yang menyedihkan kerana ada sahaja yang sama-sama meraikan hari bahagia insan tercinta apabila menemukan satu lagi pasangan dalam kehidupannya.

Menerusi hantaran Facebook Amirul Hakimi ZH, dia telah berkongsi momen bergambar bersama tiga isterinya dan salah seorang baru sahaja dinikahi atas persetujuan isteri pertama dan kedua.

Suami bernikah lagi

Menurut kapsyen yang disertakan Amirul Hakimi, dia memaklumkan isteri pertama dan kedua sememangnya antara yang teruja apabila bertungkus lumus menyiapkan majlis pernikahannya dengan isteri ketiga.

“Terima kasih buat isteri² saya, isteri pertama dan isteri kedua. Diorang banyak berusaha untuk menjayakan majlis ini. Sorang jadi wedding planner, sorang jadi goodies packer. Baju pengantin, decoration, diorang lah yang uruskan. Barakallahu fikum,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia menjelaskan sudah hampir empat tahu berada dalam perkahwinan poligami dan akui sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan ‘circle’ poligami yang sangat positif sehingga boleh belajar banyak perkara untuk memperbaiki diri serta perkahwinan.

“Alhamdulillah, Allah izin, saya mula berpoligami pada tahun 2021, menjadikan usia poligami saya akan memasuki 4 tahun.
“Walaupun usianya masih singkat, namun, alhamdulillah, saya dipertemukan dengan” circle” poligami, yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang.
“Ada yang umur 40, ada yang umur 50, ada yang umur 60. Dengan adanya “circle” ini, banyak perkara saya dapat belajar dan perbaiki. Alhamdulillah,” tulisnya.

Jelasnya, baik monogami dan poligami, kedua-duanya tidak akan terlepas dengan ujian memandangkan kehidupan bukan semata-mata perkahwinan sahaja.

Amirul Hakimi turut menyertakan beberapa tips atau panduan buat mana-mana lelaki yang mahu berpoligami agar mempunyai ilmu dalam melayari bahtera perkahwinan kelak.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial berhubung isu poligami.

Walaupun ada yang mengakui poligami ini tidak menjadi kesalahan, namun mereka merasakan ilmu tentang kewangan juga amat dititikberatkan kerana ia sangat berpengaruh dalam kelancaran rumah tangga serta kebajikan para isteri.

Apa-apa pun, setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan jika para isteri reda untuk suami bernikah lagi, ia tidak menjadi masalah selagi dibenarkan dalam agama.