Lelaki kongsi detik cemas hampir jadi ‘kambing hitam’ semasa travel

Lelaki kongsi detik cemas hampir jadi ‘kambing hitam’ semasa ‘travel’

Pepatah ada mengatakan, “Rambut sama hitam, hati lain-lain”.

Dalam dunia penuh kejutan ni, setiap langkah yang kita ambil, terutamanya ketika merantau ke tempat orang, memerlukan kita untuk sentiasa berwaspada.

Baru-baru ni, seorang lelaki Malaysia berkongsi detik cemas semasa travel apabila dia hampir terjerat dalam situasi yang tidak dijangka.

Segalanya bermula ketika lelaki ini menaiki sebuah penerbangan antarabangsa.

Duduk di kerusi bersebelahan, terdapat seorang mak cik yang nampaknya cukup ramah.

Sebelum penerbangan bermula, mak cik tersebut meminta bantuan untuk mengangkat bagasinya ke ruang penyimpanan atas.

“Aku memang jenis tak tinggi, jadi aku avoid sangat nak usik compartment atas tu,” katanya.

Sepanjang penerbangan, lelaki ini dan mak cik tersebut berbual mesra seperti dua individu yang sudah lama saling kenal. Tidak ada sebarang syak wasangka.

Namun, keadaan mula berubah ketika pesawat hampir mendarat, apabila mak cik tersebut mengadu sakit perut teruk.

“Risau jugak aku, jadi aku panggil pramugari, dan dorang pun bagi bantuan basic. Lepas tu, mak cik ni start panggil aku “anak”, pegang tangan aku kuat-kuat.

“Semua orang kat sekeliling mula anggap kami ni related,” kongsinya.

Setelah pesawat mendarat, abang yang sebelum ini membantu mak cik tersebut tiba-tiba menghampiri lelaki ini dan memberikan ‘amaran’.

“Masa dah landing, abang yang tolong dia tadi keluarkan beg dia dan bisik kat aku, suruh aku jangan rapat sangat dengan mak cik ni.

“Dia jugak pesan untuk explain kat cabin crew yang kami tak travel sekali. Nasib baik aku dengar cakap dia.

Crew flight tanya sama ada kami kenal, aku terus jawab yang kami baru je jumpa dalam flight,” kongsinya lagi.

Namun, situasi menjadi lebih mencurigakan apabila mak cik tersebut mula merayu meminta lelaki ini membantu membawakan beg tangannya keluar dari pesawat.

“Aku blur kejap, tapi abang tadi geleng kepala kuat-kuat, macam suruh aku jangan buat. Dia siap bagi aku nota kecil, suruh aku biarkan crew yang handle dia.

“Aku ikut nasihat abang tu, keluar je dari flight tanpa usik barang mak cik tu,” katanya.

Selepas keluar dari pesawat, keadaan di lapangan terbang tiba-tiba menjadi kecoh.

Rupa-rupanya, mak cik tersebut cuba melarikan diri dengan kerusi roda sambil membawa bagasinya, tetapi polis lapangan terbang segera menahan mak cik tersebut.
Namun apa yang mengejutkan, mak cik tersebut mula menjerit-jerit dan menuduh lelaki ini sebagai “anak” yang meninggalkannya.

“Baru aku sedar, mak cik ni rupanya bawak barang terlarang dan nak libatkan aku dalam hal ni.

“Nasib baik abang tadi datang back up aku, explain yang aku ni stranger je.

“Polis mintak mak cik tu bagi full name aku, tapi dia tak boleh sebab aku tak pernah share nama aku dengan dia.

“Barang aku semua kena check habis-habisan, tapi takde connection pun dengan barang dia. Akhirnya, aku dilepaskan,” tambahnya lagi.

Ujar lelaki ini, kejadian itu memberikan pengajaran besar buatnya.

“Jangan sentuh luggage atau barang orang lain kat airport atau dalam flight, walaupun nampak macam harmless. Barang dorang, tanggungjawab dorang. Barang kau, tanggungjawab kau.

“Sekarang ni, kalau ada orang mintak tolong angkat barang kat compartment atas atau apa-apa, aku terus panggil cabin crewCall me cold, tapi ini semua pasal self-preservation,” tegasnya.

Dunia ni penuh dengan individu licik yang tidak teragak-agak untuk menjadikan kita ‘kambing hitam’ demi kepentingan diri sendiri.

Maka, kita harus ingat, berbuat baik itu bagus, tetapi berpada-pada itu lebih bijak.

Kerana siapa tahu, orang yang kita hulurkan tangan hari ini, mungkin tangan itulah yang akan ‘mencengkam’ kita di kemudian hari.