Gadis kongsi sebab utama kenapa tak mahu dating lelaki dari Kelantan
Gadis kongsi sebab utama kenapa tak mahu dating lelaki dari Kelantan
Sekumpulan gadis tak mahu date lelaki Kelantan telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di platform X sejak semalam.
Menerusi satu video tinjauan dibuat seorang wanita, dia telah menemu bual beberapa individu mengenai lelaki dari mana mereka akan ‘date’ atau keluar bersama untuk menjalinkan hubungan serius.
Bagaimanapun, kebanyakan wanita yang ditemu bual itu memberikan pendapat yang sama iaitu tidak mahu bersama lelaki berasal dari Kelantan.
Dalam video yang sama, ada juga seorang individu menyatakan dirinya tidak mahu bersama lelaki dari Kelantan termasuk Kelantan.
Ketika disoal mengenai alasan, mereka menyatakan tidak mempunyai sebab tertentu mengapa lelaki Kelantan tidak menjadi pilihan hati kecuali faktor bahasa dan lokasi yang jauh.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sendiri selain mendengar ‘kata-kata’ orang lain tentang individu dari negeri terbabit.
Perkongsian video itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Mereka juga berpendapat sikap seseorang tidak mempunyai kaitan dengan negeri seseorang kerana ia bergantung kepada diri sendiri.
Selain itu, ada juga seolah-olah mempersoal sama ada personaliti media sosial, Khairul Aming yang menjadi pilihan ramai sebenarnya berasal dari Kelantan atau sebaliknya.