“Nikah tanpa restu wali & keluarga” – Tular lelaki beristeri 3, peguam bongkar kisah sebenar di sebalik tabir

“Nikah tanpa restu wali & keluarga” – Tular lelaki beristeri 3, peguam bongkar kisah sebenar di sebalik tabir

 

“Nikah tanpa restu wali & keluarga” – Tular lelaki beristeri 3, peguam bongkar kisah sebenar di sebalik tabir

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang mengahwini calon isteri yang ketiga dengan keizinan isteri yang lain. Malah, dia dengan bangganya menghebahkan perkara itu di sebuah grup komuniti poligami.

Pada awalnya, ramai netizen meluahkan rasa kagum dengan ketabahan para isterinya yang sanggup menerima hidup bermadu.

Bagaimanapun, kecoh di media sosial apabila ada yang mendakwa kisah percintaan pasangan itu tidaklah seindah yang disangka di dalam realiti.

Pendedahan yang dibuat oleh peguam terkenal Asiah Abd Jalil telah membongkar bagaimana ada isteri yang dinikahinya tidaklah mendapat restu  seperti yang dicanang serta tidak memberi layanan yang seadilnya.

Dalam pendedahan peguam, pernikahan dengan isteri kedua pada 2021 didakwa berlaku tanpa restu wali dan ahli keluarga.

Sebelum berkahwin, isteri kedua dikatakan lari dari rumah selama berbulan-bulan dan mereka bernikah selepas suami menfailkan permohonan wali enggan di mahkamah.

Sementara itu, pernikahan dengan isteri ketiga pula didakwa berlaku setahun yang lalu di Thailand juga tanpa restu wali dan ahli keluarga pihak perempuan.

Yang lebih mengejutkan lagi, peguam tersebut mendedahkan isteri pertama dan isteri ketiga disuruh tinggal di rumah. Namun, isteri kedua disuruh tinggal di kedai milik suaminya.

Tidak sekadar itu, si suami juga dikatakan tidak berlaku adil apabila sesuka hati memilih giliran bermalam dengan para isteri dan tidak boleh disoal sama sekali.

Isteri kedua pula pernah meminta penceraian menerusi WhatsApp namun sudah rujuk kembali.
Sudahlah dilayan dengan teruk, si isteri kedua turut dikatakan telah dipukul oleh suami bersama isteri pertamanya. Dakwanya isteri kedua tidak berdaya lawan dan hanya menggangap ia sebagai pengorbanan dalam percintaan.

Walaupun ramai memandang tinggi kepadanya, peguam langsung menekankan suami yang  tidak berlaku adil dalam berpoligami tidak seharusnya menjadi ikon atau ikutan ramai.

Selain pendedahan peguam, ada seorang individu mendakwa mempunyai bukti anak orang dilarikan untuk berpoligami dan kezaliman berlaku kepada isteri kedua.