Lelaki ditembak ketika ambil anak pulang dari sekolah

Lelaki ditembak ketika ambil anak pulang dari sekolah
Seorang lelaki nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya ditembak dari jarak dekat oleh individu tidak dikenali berhampiran sebuah sekolah rendah di Sungai Nyior di sini pada petang Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa yang berusia lingkungan 40-an dikatakan sedang dalam perjalanan untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah.
Sumber memaklumkan, mangsa didatangi dua lelaki yang kemudian melepaskan tembakan ke arah cermin sisi bahagian pemandu kenderaan terbabit.

Keadaan di lokasi ketika kejadian tembakan.
Bagaimanapun, mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian berkenaan.
Berdasarkan gambar yang tular di media sosial, sekurang-kurangnya lima das tembakan dilepaskan di bahagian cermin pemandu kenderaan terbabit.
Setakat ini polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian berkenaan.