Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka

Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka

 

Seorang lelaki di China terpaksa membuang mata kirinya yang rosak akibat terkena jangkitan selepas memukul serangga yang hinggap di mukanya.

Wu, berasal dari Shenzen, selatan Guangdong, sebelum itu membunuh lalat (moth flies) yang mengganggu penglihatannya dan hinggap di muka.

Sejam kemudian, mata kirinya mula berasa pedih, kemerahan dan bengkak sebelum disahkan menghidap konjunktivitis bermusim.

Walaupun mengambil ubat, keadaan Wu bertambah teruk dan kadar penglihatannya mula merosot secara mendadak.

Doktor memaklumkan, keadaan itu disebabkan jangkitan yang teruk dan ubat yang diberikan juga tidak berkesan, mengakibatkan matanya mengalami ulser teruk.

Bagi mengelakkan bakteria menjangkiti bahagian otak, doktor terpaksa mengeluarkan keseluruhan mata kirinya.

Pakar percaya serangga kecil yang dimaksudkan dalam kes Wu adalah Moth Flies yang sering ditemui di tempat gelap dan lembab di dalam rumah seperti bilik mandi, sinki dan dapur.

Orang ramai dinasihatkan tidak memukul serangga tersebut jika didapati terbang berhampiran mata. Sebaliknya, hapuskan secara perlahan-lahan dan cuci tangan selepas memukul serangga itu.