Wanita anggap lelaki di Brazil lebih sopan, sedar satu perkara sikap kebanyakan suami di Malaysia

Wanita anggap lelaki di Brazil lebih sopan, sedar satu perkara sikap kebanyakan suami di Malaysia

 

Wanita anggap lelaki di Brazil lebih sopan, sedar satu perkara sikap kebanyakan suami di Malaysia

Suami adalah ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan dalam rumah tangga, menyediakan nafkah dan melindungi keluarga.

Namun, tidak bererti suami perlu menggunakan kuasa veto yang dimiliki kerana dalam keadaan tertentu mereka perlu juga bertolak ansur.

Seorang pelajar perubatan berkongsi perbezaan ketara dari segi gaya komunikasi dalam hubungan suami isteri di negara ini dengan Brazil.

“Masa pertukaran pelajar di Rio de Janerio, Brazil saya tinggal dengan keluarga pertengahan di sana. Setiap masa tuan rumah nak minta apa sahaja dia akan menyebutnya dengan sopan.

“Mereka mengungkapkan can you please (bolehkah kamu) atau can we (boleh kita). Contohnya, boleh tak awak masak sesuatu kepada tetamu?, atau ‘boleh kita pergi ke pasar untuk beli ikan?,” katanya.

Berdasarkan pengalamannya, apa yang dilihat itu jauh berbeza dengan cara hidup atau budaya negara ini dengan kebanyakan suami lebih suka mengarah.

“Kenapa budaya kita, kalau suami je semua mengarah? Kalau tak patuh, terus berdosa?

“Tapi rumah tangga kan sama-sama bina,” katanya.

Perkongsian itu bagaimanapun tidak dipersetujui kebanyakan netizen khususnya dalam kalangan suami yang menganggap pelajar itu tidak wajar melihat setiap lelaki yang sudah berkahwin berperangai sama.

“Jangan pukul rata. Kat Brazil ke, Malaysia ke, ada je suami yang baik. ‘Yang, tolong buatkan air boleh?’ ‘Nanti tengok kan butang baju saya yang tercabut tu’.

“Tak nafi ada juga yang musibat. Sama je mana-mana. Struktur bahasa kita pun lain. Mana boleh main hentam sama rata,” kata seorang lelaki.

Reaksi netizen

Namun, ada juga yang menyokong pandangan pelajar berkenaan.

“Sebenarnya budaya kita sangat sopan dan lembut bahasanya. Cuma persekitaran dan keegoan yang mengubah.

“Betul, saya kahwin lelaki asing. Setiap ayat mesti ada please atau can u please? Dan thank you.

“Orang kita kadang selalu lupa guna perkataan tolong,” demikian antara komen beberapa netizen.

Dalam pada itu ada juga yang menganggap pelajar itu dikelilingi individu khususnya lelaki yang suka mengarah.

“Boleh periksa balik kot sekeliling kau tu. Mungkin toksik, sebab famili orang lain rileks je dalam berbahasa,” kata seorang warga maya.