Tetap bahagia walau keadaan rumah daif, lelaki beristeri 2 kongsi tip poligami

Tetap bahagia walau keadaan rumah daif, lelaki beristeri 2 kongsi tip poligami

 

Ukur baju di badan sendiri. Perkara sama juga boleh dikatakan ketika mendirikan rumah tangga, ia haruslah mengikut kemampuan diri.

Namun berbeza kisahnya untuk seorang peniaga cucur yang hidup serba daif tetapi dilihat memilih untuk mengahwini dua orang isteri, mereka kini tinggal serumah di wilayah Jawa Timur, Indonesia.

Melalui satu video tular di laman YouTube, dapat diperhatikan keadaan kediaman milik lelaki dikenali sebagai Busairi yang uzur dan juga sempit, ia dilihat hanya mempunyai lantai tanah.

Rumah berkenaan tidak mempunyai bilik, Busairi dan isteri-isterinya tidur di bahagian tengah rumah, mereka bagaimanapun mempunyai katil.

Berhampiran dengan tempat tidur mereka adalah dapur kecil yang dilengkapi dengan beberapa perlatan memasak.

Selain mencari rezeki sebagai peniaga makanan, Busairi juga pakar sebagai pawang yang berupaya untuk merawat orang sakit, daripada sini Busain turut mendapat upah.

“Saya bahagi nafkah secara adil dengan kedua-dua isteri saya, ada kalanya isteri tua memberikan semua kepada isteri muda kerana jika dibahagaikan wang itu sangat sedikit,” ujar Busairi.

Busairi seterusnya berkongsikan tip kebahagiaan sekiranya ingin berpoligami.

“Jangan bandingkan antara isteri pertama dan kedua. Saya selalu tekankan, kalau isteri tua ada buat salah, yang isteri muda harus maafkan.

“Sama juga sekiranya isteri muda ada buat salah, yang isteri tua harus maafkan,” kata Busairi.