Lelaki ancam bunuh Agong ditahan

Lelaki ancam bunuh Agong ditahan

 

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Lelaki itu yang menggunakan akaun Instagram memuatnaik kandungan itu bersama foto Seri Paduka.

Tangkap layar kandungan itu turut tersebar di media sosial dengan warganet menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di Kajang, malam tadi untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Polis Selangor akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai proses reman terhadap lelaki berkenaan.