Wanita kahwini lelaki bergelar anak bongsu, mentua ikut tidur sekatil setahun

Wanita kahwini lelaki bergelar anak bongsu, mentua ikut tidur sekatil setahun

 

Wanita kahwini lelaki bergelar anak bongsu, mentua ikut tidur sekatil setahun

Dalam melayari bahtera rumah tangga, setiap suami isteri pastinya mempunyai masalah dan konflik masing-masing baik mengenai diri mereka mahupun campur tangan orang sekeliling.

Namun apabila sudah melibatkan insan bernama ibu mentua, biasanya situasi berkenaan agak rumit dan sukar untuk diselesaikan.

Baru-baru ini, seorang wanita sempat mendedahkan semula kenangan pahit yang dialaminya selepas mengambil keputusan bernikah dengan lelaki berstatus anak bongsu.

Menggunakan alasan takut tidur seorang diri, ibu mentuanya bertindak tidur dengan mereka berdua dalam bilik sama selama 1 tahun berturut-turut.

Sepanjang mengharungi penyiksaan tersebut, mereka terpaksa curi-curi lakukan ‘urusan’ sebagai suami isteri ketika waktu mandi sahaja.

Si menantu juga amat buntu dengan situasi tersebut, apalagi suaminya sendiri tidak mampu menegur perbuatan si ibu.

Wanita ini beranggapan ibu mentuanya mempunyai sikap narsisistik kerana tidak mampu melepaskan si anak yang sudah pun mempunyai isteri.

Dugaan hebat itu berakhir setelah pasangan ini berpindah tinggal di rumah orang tua si isteri.

Meskipun sudah lama berlalu, apa yang terjadi ketika dia tinggal serumah dengan ibu mentuanya kekal memberikan trauma mendalam.

Selepas 1 tahun, barulah mereka dapat menikmati kehidupan berumah tangga yang sesungguhnya. Bahkan, wanita berkenaan juga disahkan hamil zuriat sulung mereka.