“Lebih baik begini” – Tiada mesej atau DM tanya khabar anak-anak, Bella Astillah tak pertikai tindakan Aliff Aziz

“Lebih baik begini” – Tiada mesej atau DM tanya khabar anak-anak, Bella Astillah tak pertikai tindakan Aliff Aziz

 

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan bekas suami, Aliff Aziz tidak pernah menghubunginya untuk bertanyakan khabar anak-anak sejak mereka berpisah pada 13 Jun lalu.

Bagaimanapun, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, tidak pernah mempertikaikan tindakan bekas suami kerana menganggap lebih baik mereka tidak berinteraksi antara satu sama lain.

Kalau boleh saya tidak mahu ulas fasal Aliff lagi, tetapi semenjak kes hari tu (cerai) hingga hari ini tiada mesej atau DM daripada dia.

Meksipun begitu, saya okay. Saya tiada masalah pun, tidak pertikaikan mahupun ada sebarang masalah. Lebih baik begini (tidak berhubung). Itu jalan yang terbaik. Saya seorang yang berhati lembut. Saya tidak bersedia untuk itu.

Berkongsi lanjut, Bella memberitahu dua cahaya matanya iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna juga tidak pernah bertanya mahupun mencari tentang keberadaan bapa mereka.

Ujar Bella, dia kini bahagia menjalani kehidupan dan mendoakan yang terbaik buat Aliff.

Alhamdulillah anak-anak tidak mencari, saya lagi takut kalau mereka fikir yang bukan-bukan tapi sekarang mereka fokus belajar dan setakat ini okay. Boleh nampak di media sosial saya.

Saya nak membantu diri saya untuk ‘heal’ jadi saya tidak ‘stalk’ dan tidak tahu apa-apa perkembangan mengenai dia atau keluarga dia. Saya hanya mendoakan yang terbaik buat dia dan keluarga dia.

Saya tidak cakap yang pihak sana tiada usaha tapi sebenarnya saya bersetuju dengan tindakannya sekarang. Saya rasa adalah lebih baik kita menjalani kehidupan masing-masing.

Saya lebih tenang alhamdulillah. Saya gembira dia ada kehidupan dia dan saya tidak mendoakan yang tidak baik. Kita pun manusia, kita sendiri nak minta orang doakan yang terbaik. Semoga saya pun boleh menjalani kehidupan yang baik dengan anak-anak saya.

Berkongsi mengenai kehidupan terkini, anak kelahiran Sabah itu akui tidak mudah untuk melupakan peristiwa hitam yang terpalit dalam hidup dan perkahwinannya.

Nak ‘move on’ tak senang sebab hubungan kami selama 12 tahun itu tak mudah, tapi saya percaya lambat laun pasti saya boleh ‘move on’. Tak mudah tapi dengan adanya anak-anak dan keluarga, saya percaya masa itu akan tiba juga.

Imbas kembali, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3. Namun mereka disahkan bercerai pada 13 Jun lalu.

Sebelum ini, mereka pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh edah.