Warga asing mengaku rakyat Malaysia ‘kantoi’ selepas diminta nyanyi lagu Negaraku

Warga asing mengaku rakyat Malaysia ‘kantoi’ selepas diminta nyanyi lagu Negaraku

 

Warga asing mengaku rakyat Malaysia ‘kantoi’ selepas diminta nyanyi lagu Negaraku

Baru-baru ini, sebuah operasi iaitu Ops Mega Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah dilaksanakan oleh pihak Imigresen Malaysia di sebuah pangsapuri di Bandar Sunway untuk menahan mana-mana warga asing yang tinggal di negara ini secara haram.

Apa yang menarik perhatian ialah penipuan seorang warga asing yang mengaku dirinya rakyat Malaysia telah terbongkar apabila dia diminta untuk menyanyikan lagu Negaraku iaitu lagu kebangsaan negara ini.

Menurut laporan Sinar Harian, pihak Imigresen telah meminta individu yang mendakwa dirinya rakyat Malaysia itu menyanyikan lagu Negaraku sebagai bukti dia benar-benar rakyat negara ini.

Namun, dia memberikan alasan telah terlupa cara untuk menyanyikan lagu kebangsaan itu.

Dari situlah, dia kantoi telah menipu.

Selain taktik individu tersebut, ada juga warga asing yang tidak mahu membuka pintu kediaman yang didiami mereka ketika diminta berbuat demikian ketika diserbu oleh pihak Jabatan Imigresen.

Ada juga warga asing yang bertindak lebih ekstrem iaitu telah menaiki ke bahagian bumbung pangsapuri ketika serbuan kerana mahu menyembunyikan diri mereka daripada ditahan pihak imigresen.

Namun, sekeliling kawasan apartment tersebut telah dikepung oleh pihak imigresen sekali gus menggagalkan taktik-taktik pendatang asing tanpa izin atau PATI ini.