Lagu ‘Anta Permana’ jadi pilihan Raja Charles III, ini respon Siti Nurhaliza

Lagu ‘Anta Permana’ jadi pilihan Raja Charles III, ini respon Siti Nurhaliza

 

Lagu ‘Anta Permana’ jadi pilihan Raja Charles III, ini respon Siti Nurhaliza

Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui terkejut apabila dimaklumkan lagu Anta Permana berada dalam senarai lagu peribadi Raja Britain, Raja Charles III.

Kata pemilik nama lengkap Siti Nurhaliza Tarudin beliau juga tidak menyangka Raja Charles III mengetahui lagu itu mengenai cinta.

“Muzik melangkaui budaya, bangsa, bahasa. Tidak sangka lagu Anta Permana jadi pilihan dan dalam masa sama Raja Charles III tahu lagu itu tentang cinta.

“Muzik kita juga boleh merentasi sempadan dunia dan dengan adanya teknologi yang pelbagai, muzik atau karya kita didengar seluruh dunia,” ujarnya.

Siti Nurhaliza tersenarai bersama bintang-bintang ternama seperti Beyonce, Bob Marley, Kylie Minogue dan Grace Jonas.

Dalam masa masa, Siti, 46, menyifatkan lagu Anta Permana ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong mempunyai kelebihan tersendiri

“Sejujurnya Anta Permana mempunyai kelebihan tersendiri walaupun yang mendengarnya tidak memahami bahasa lagu itu tetapi melodinya menyentuh perasaan.

“Tahniah buat Hael dan Ezra kerana ini merupakan lagu ciptaan mereka,” katanya lagi.

Terdahulu, lagu yang dilancarkan pada tahun 2018 itu menjadi sebahagian daripada program The King’s Music Room di Apple Music yang menghimpunkan karya daripada negara-negara Komanwel sebagai simbol meraikan kepelbagaian muzik seluruh dunia.

Senarai seleksi pilihan Raja Britain dikumpulkan khas di platform terbabit dengan tajuk His Majesty King Charles III’s Playlist menampilkan gabungan muzik dari seluruh dunia.

Lebih membanggakan, Siti Nurhaliza tersenarai bersama bintang-bintang ternama seperti Beyonce, Bob Marley, Kylie Minogue dan Grace Jonas.

Penghormatan ini sekali gus mengangkat keunikan muzik Nusantara ke persada antarabangsa.

“Sepanjang hidup, muzik memberi makna besar buat saya. Ia bukan sekadar hiburan tetapi mampu mengembalikan kenangan, memberi ketenangan dan menyatukan kita dalam kegembiraan,” titah Raja Charles III dalam siaran khas tersebut.