“Dari tanah terbiar..” – IPR INTAN berjaya usahakan ladang cili pertama bawah pencawang TNB

“Dari tanah terbiar..” – IPR INTAN berjaya usahakan ladang cili pertama bawah pencawang TNB
Menteri Ekonomi, Dato’ Seri Rafizi Ramli kongsi video ladang cili di bawah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) tengah kota sehingga mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsian beliau di Facebook, Rafizi mendedahkan bahawa terdapat ladang cili di tengah-tengah bandar iaitu terletak di Pelangi Damansara.
Apa yang menariknya, lokasi ladang berkenaan merupakan tanah terbiar pencawang TNB ang diusahakan menerusi program Inisiatif Pendapatan Rakyat – Inisiatif Usahawan Tani (IPR INTAN).
Difahamkan, hasil tuaian untuk musim pertama kali ini dijangka mencecah 40 tan, bersamaan RM280,000 dan pastinya ia cukup memberangsangkan serta memberi manfaat kepada para peserta.
Jelas Ahli Parlimen Pandan itu lagi, hasil tuaian cili berkenaan telah dihantar di Pasar Borong Selangor dan juga Jualan Ehsan Rahmah.
Dalam pada itu, para peserta yang terlibat dalam program terbabit adalah golongan B40 dan miskin sekitar Damansara di mana mereka bertanggungjawab mengusahakan ladang cili ini dengan 0.5 ekar setiap seorang serta diberi gaji bulanan RM2,100.
Perkara tersebut mendapat respon positif daripada netizen di media sosial apabila merasakan inisiati ini dapat membantu ekonomi rakyat terutama golongan B40.


