Kumpulan perniagaan bantah cadangan beri cuti tahunan 16 hari untuk semua pekerja
Kumpulan perniagaan bantah cadangan beri cuti tahunan 16 hari untuk semua pekerja
Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) atau bahasa mudahnya Kumpulan Perniagaan Malaysia membantah cadangan menyeragamkan 16 hari cuti tahunan bergaji untuk semua pekerja, tanpa mengira tempoh perkhidmatan.
Menurut Free Malaysia Today, presiden Samenta William Ng berkata tindakan sedemikian akan memudaratkan kedua-dua pihak sama ada pekerja mahupun majikan.
Ng menegaskan bahawa sistem cuti berperingkat pada masa kini memberi ganjaran kepada kesetiaan dan membantu mengekalkan pekerja, terutamanya mereka yang berjawatan penting di dalam organisasi.
“Banyak syarikat sudah menawarkan 18 hingga 21 hari cuti tahunan untuk pekerja yang berkhidmat lebih lima tahun, dan Akta Pekerjaan semasa menyediakan struktur berperingkat yang adil dengan 8 hari untuk pekerja dengan 1-2 tahun perkhidmatan, 12 hari untuk 2-5 tahun, dan 16 hari bagi mereka yang lebih daripada lima tahun,” kata Ng.
Beliau turut memberi amaran bahawa penguatkuasaan cuti yang lebih tinggi akan meningkatkan kos operas dan dalam masa mengancam kelangsungan perniagaan kecil dan sederhana, secara khususnya dalam sektor peruncitan yang bergelut.
Cadangan terbabit telah diperkenalkan oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh Nik Zawawi Salleh, di mana mencadangkan pindaan Akta Pekerjaan bagi memastikan semua pekerja menerima cuti tahunan selama 16 hari.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Puteh, dia mendakwa ia bakal meningkatkan kecekapan.
Bagaimanapun, presiden Kumpulan Perniagaan Malaysia juga menggesa kerajaan meminda Akta Cuti untuk mengawal cuti umum tambahan kerana dipercayai mengganggu produktiviti.
Presiden Persekutuan Majikan Malaysia Syed Hussain Syed Husman menyuarakan kebimbangan Ng, menekankan bahawa kelayakan cuti secara amnya meningkat dengan kesetiaan dan prestasi.
Cadangan itu telah mencetuskan perdebatan secara khususnya untuk SME kerana mahu mengimbangi faedah perkerja dan kemampanan perniagaan masing-masing.