Kuih tradisional tidak dijual harga bawah RM1 lagi, ini sebabnya

Kuih tradisional tidak dijual harga bawah RM1 lagi, ini sebabnya

 

Kuih tradisional tidak dijual harga bawah RM1 lagi, ini sebabnya

Memang tidak dinafikan, kuih melayu tradisional pada saban hari harganya seperti tidak terjangkau dek akal kerana suatu ketika dahulu ia dikira sebagai pencuci mulut yang berpatutan.

Pasti ada yang mempersoalkan mengapa harga yang ditawarkan semakin mahal walhal acuan dan saiznya masih kekal sama.

Menurut Vocket, hal ini mula menjadi perbincangan apabila ada seorang netizen di X yang meluahkan rasa bengang dengan kenyataan segelintir individu yang mahu kuih melayu dijual dengan harga tiga kupang seperti dahulu kala.

“Otak hang pun masih kata kuih Melayu patut harga 3 kupang. Macam mana kuih Melayu berkualiti nak dapat bertahan dalam scene?,” jawabnya kepada kenyataan yang dilontarkan.

Susulan itu, beberapa netizen yang mahir dan berkecimpung di dalam industri langsung merungkai sebab harga kuih melayu tidak boleh dijual pada harga bawah RM1 lagi.

Seorang netizen yang dikenali sebagai @Butteralways mendedahkan pembuatan kuih melayu memerlukan skil yang bagus kerana tiada jalan pintas untuk dapatkan hasil yang berkualiti.

Tidak bergantung kepada kilang seperti kuih atau pastri lain, kuih melayu kebiasaannya akan menggunakan bahan asli seperti santan yang diperah sendiri.

Malah, dia percaya individu yang membuat kuih melayu tradisional layak dibayar seperti pastri perancis. Dengan memandang tinggi para pembuat kuih tradisional, barulah timbul keinginan orang ramai untuk belajar untuk jualan serta menghargai hasil titik peluh dalam seni pembuatannya.

Seorang individu lagi yang pernah bekerja part time di sebuah kedai roti yang menjual kuih tradisional juga bersetuju berkenaan pembuatan kuih melayu dari awal sememangnya memerlukan skil dan ilmu yang tinggi.

Dia mendedahkan paling minimum kuantiti tempahan yang diterima pada ketika itu adalah 100 keping dengan caj 50 sen bagi setiap satu. Bagi dirinya, setakat nak jual 20 keping memang tidak berbaloi memandangkan ia sangat renyah untuk dibuat sekaligus tidak balik modal.

Seorang netizen lagi turut mendedahkan ibunya masih menjual karipap dengan harga 50 sen. Tetapi dengan tekanan barang mentah yang semakin mahal, dia masih gagal untuk menaikkan harga karipap kerana pelanggan akan memarahinya.

Jadi, apa yang dia boleh lakukan hanyalah mengurangkan saiz demi mengekalkan harga yang sama.

Boleh disimpulkan yang kuih melayu sememangnya perlu pengalaman yang luas dan tahap kesabaran yang tinggi dalam pembuatannya kerana perlu bermula dari kosong dengan menggunakan tangan dan kalau ada ready made sekali pun tidak akan sama rasanya seperti yang dibuat oleh geng mak-mak kita.

Si pembuat kuih melayu sangat layak untuk dipandang tinggi dan diberi penghargaan seperti kita melihat artisan pastri Perancis kerana masing-masing membawa identiti makanan tersendiri.