Kuah sos terlalu panas, pelanggan wanita saman restoran RM4.4 juta
Kuah sos terlalu panas, pelanggan wanita saman restoran RM4.4 juta
Seorang pelanggan wanita saman restoran Bill Miller BAR-B-Q kerana kuah sos yang dihidangkan terlalu panas.
Menurut pelanggan berusia 19 tahun itu, dia kecewa kerana staf di restoran itu tidak memberikan informasi yang cukup tentang kuah panas itu yang boleh memudaratkannya jika tertumpah.
Oleh itu juri di mahkamah Texas telah mengarahkan sebuah restoran membayar lebih $2 juta kepada seorang wanita yang memfailkan tuntutan mahkamah menuduh rantaian itu tidak memberi amaran betapa panasnya kuah sos mereka.
Pada 19 Mei 2023, Genesis Monita dan kakaknya melawat Bill Miller BAR-B-Q dalam 8800 bock SW Loop 410 di San Antonio.
Dia dan kakaknya telah memesan makanan dengan kuah sos yang panas.
Remaja berusia 19 tahun itu didakwa mengalami melecur tahap kedua selepas dia tak sengaja menjatuhkan salah satu kuah sos ke atas ribanya.
Dia kecewa kerana tak sangka tahap kepanasan kuah sos itu benar benar boleh membuatkan dia melecur.
Dia menuduh restoran itu membuat sos terlalu panas dan tidak memberi amaran secukupnya tentang suhunya. Kejadian itu bukan berlaku di dalam restoran namun di dalam keretanya.
Adik beradik itu dilaporkan masuk ke kawasan pandu lalu restoran itu dan memesan empat taco sarapan pagi sebelum meletak kereta di lot untuk memakannya.
Monita dilaporkan mencapai bekas kuah sos barbeku restoran itu tetapi menjatuhkannya – oleh akibat suhunya yang panas – dan tertumpah atas kakinya, didakwa menyebabkan dia melecur tahap kedua.
Monita kemudiannya memfailkan saman terhadap rangkaian restoran itu.
Tuntutan itu mendakwa sos itu ‘dihidangkan pada suhu 189 darjah’ pada hari Monita melawat restoran itu bersama kakaknya dan menyebabkan dia melecur tahap kedua,’ seperti yang dinyatakan oleh KSAT.
Tuntutan itu selanjutnya mendakwa bahawa suhu sos adalah 54 darjah lebih tinggi daripada garis panduan negeri tersebut, yang dilaporkan menetapkan suhu 135 darjah, dan restoran itu sepatutnya memberi amaran kepadanya bahawa ia benar benar panas.
Peguam McClenahan mewakili Bill Miller mempertahankan tindakan restoran mereka. Kerana kuah sos itu perlu dihidangkan pada suhu 165 yang diperlukan mengikut peraturan keselamatan makanan.
Peguam itu menyatakan bagaimana wanita itu boleh saman restoran yang jelas menghidangkan makanan panas seperti yang dia pesan?
Jika dihidangkan di bawah suhu tersebut, ianya dianggap tidak cukup bagus untuk kesihatan. Namun peraturan pihak berkuasa di negeri tersebut pula berbeza.
Restoran itu memilih untuk mengikut garis keselamatan penyediaan makanan kerajaan pusat berbanding standard ditetapkan pentadbiran negeri.
McClenahan juga menyalahkan tabiat makan oleh Monita yang tergopoh gapah dan tidak berhati hati menjadi punca sos itu tertumpah.
Lebih lebih lagi dia makan di dalam kereta, bermakna dia perlu lebih berhati hati.
McClenahan berhujah: “Di Bill Miller’s, sos sentiasa panas, dan pelanggan kami tahu itu dan mereka sentiasa berhati hati sebab ia panas.
“Apakah amaran yang kami harus berikan kepada Cik Monita tentang perkara itu yang dia belum tahu?”
Tuntutan itu mendakwa Monita bukan sahaja mengalami kesakitan fizikal tetapi mental dan ganti rugi bagi kehilangan gaji, perbelanjaan perubatan dan psikologi. Jadi wanita itu saman restoran tersebut dengan nilai sangat tinggi.
Dan pada hari Jumaat (17 Januari), juri membuat keputusan memihak kepada Monita menang kes saman restoran tersebut.
Fox 4 News melaporkan juri enam orang mendapati restoran itu ‘terlalu cuai’ dalam insiden membabitkan Monita.
Rangkaian restoran itu kemudiannya telah diperintahkan untuk membayar $2.8 juta dolar atau RM4.4 juta. Pecahan $900,000 untuk sakit mental dan fizikal, lebih $25,000 untuk perbelanjaan perubatan dan $1.9 juta sebagai ganti rugi punitif.
Peguam Monita, Lawrence Morales, memberitahu KSAT: “Kami berasa sangat gembira dengan keputusan kes ini. Genesis hanya mahukan keadilan.”
Netizen berbelah bagi pendapat tentang kisah wanita saman restoran tersebut.
Ada yang menganggap wanita itu sendiri yang cuai dan setuju dengan kenyataan peguam bahawa tabiat makannya yang menyebabkan dia melecur.
Seorang lagi berkata: “Dia ini boleh disebut pakar makanan, sebab suhu makanan pun dia tahu lebih tinggi atau sebaliknya.”
Netizen yang lain berkata: “Saya percaya dia sebelum ini pernah makan di situ. Dan tahu betapa panasnya kuah sos yang dia pesan itu. Cuma dia mahukan wang senang.”
Netizen ketiga berharap restoran itu menyaman wanita itu kembali: “Saman dia balik. Nampak macam dia sengaja mengatur kejadian ini, siap tahu tentang suhu kuah sos itu pada hari itu.”