Program Kotak Makanan YBU: Asmuni terus komited bantu rakyat DUN Manjoi

Program Kotak Makanan YBU: Asmuni terus komited bantu rakyat DUN Manjoi
Dato’ Asmuni Awi, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak bagi DUN Manjoi, meneruskan komitmennya terhadap kebajikan rakyat apabila turun padang menghadiri Majlis Penyampaian Kotak Makanan Yayasan Bina Upaya (YBU) di Taman Tawas Mewah pagi ini.
Program agihan kotak makanan yang dilaksanakan secara berkala di seluruh kawasan DUN Manjoi itu bertujuan membantu penduduk yang memerlukan, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Dalam majlis tersebut, Dato’ Asmuni turut meluangkan masa mendengar secara langsung beberapa isu dan permasalahan yang dibangkitkan oleh penduduk. Beliau memberi jaminan akan menyelesaikan perkara-perkara yang berbangkit menerusi kapasiti beliau sebagai wakil khas kepada YAB Menteri Besar Perak.
“Saya akan terus komited membantu dari sudut kebajikan dan keperluan asas rakyat di DUN Manjoi. Insha’Allah, segala isu yang dibangkitkan akan dibawa ke peringkat yang sewajarnya,” ujar beliau.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En Shamshuri Tun, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Tawas Mewah, En Faidz Ismail, Ahli Majlis MBI Zon 3, serta penduduk setempat yang turut memberikan kerjasama mesra sepanjang program berlangsung.