Komen Fattah Amin di hantaran IG Amira Othman curi perhatian netizen

Komen Fattah Amin di hantaran IG Amira Othman curi perhatian netizen

 

Komen Fattah Amin di hantaran IG Amira Othman curi perhatian netizen

Komen Fattah Amin di hantaran Instagram (IG) Amira Othman mencuri tumpuan netizen.

Dalam ruangan komen hantaran Amira itu, Fattah meninggalkan komen lima emoji hati berwarna biru.

Komen itu menerima ribuan ‘like’ dan ratusan komen daripada peminat memuji ‘keberanian’ Fattah, yang mula mengorak langkah dengan menulis emoji itu.

“Fuh, berpeluh tengok balasan abang long (Fattah),” tulis satu netizen.

“Fuh, abang long semakin maju. Ini yang kami mahukan,” tulis satu netizen lain.

Terdahulu, Fattah memuat naik gambar bersama Amira di Instagramnya dengan keterangan ringkas.

“Kita ‘selfie’ dulu ya sebelum jumpa kejap lagi,” tulisnya.

Sejak bulan lalu, nama Fattah dan Amira menular di media sosial selepas dikatakan menjalin hubungan cinta.

Namun, kedua-duanya menjelaskan bahawa hubungan mereka sebatas urusan kerja sahaja.