Nampak macam real, individu dedah aplikasi kod QR palsu tipu transaksi

Nampak macam real, individu dedah aplikasi kod QR palsu tipu transaksi

 

Nampak macam real, individu dedah aplikasi kod QR palsu tipu transaksi

Para peniaga kini sudah mengadaptasi urusan transaksi secara cashless menerusi kod QR. Bagaimanapun, penipu tidak pernah penat untuk cuba mencipta pelbagai helah seperti resit palsu dalam menipu mangsa di luar sana.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memperlihatkan kehadiran sebuah aplikasi yang boleh memperdaya penjual di mana seolah-olah sudah membuat pembayaran.

Dengan aplikasi ini, seseorang boleh menjana resit palsu yang lalu boleh digunakan dalam penipuan pembayaran terhadap sesebuah kedai atau peniaga.

Suspek hanya perlu memasukkan nama akaun dan jumlah bayaran kemudian paparan resit ‘jadian’ bakal dipaparkan serta-merta.

Akibatnya, peniaga yang tidak cakna atau menyedari muslihat ini bakal berdepan kerugian wang yang besar.

Pendedahan yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok berkenaan kehadiran TikTok ini langsung mengundang kemarahan orang ramai. Hal ini kerana netizen turut mengelar ia sebagai menyalah guna kebijaksanaan untuk berbuat jenayah.

Sementara itu, netizen turut berpesan kepada orang ramai agar tidak sesekali mencuba guna resit palsu ini kerana jika tertangkap bakal merana hidup selepas ini.

Dalam pada itu, ramai juga meminta peniaga agar berwaspada dengan menyemak sebarang transaksi yang dibuat atau lebih selamat lagi dengan menggunakan kotak suara yang disediakan oleh bank.