“KL? Eh bukan, Petaling Jaya..” – Netizen terkejut beberapa individu tak tahu ibu negeri Selangor

“KL? Eh bukan, Petaling Jaya..” – Netizen terkejut beberapa individu tak tahu ibu negeri Selangor

 

Tular di media sosial apabila beberapa individu kurang yakin, terutama seorang daripada mereka memberitahu Kuala Lumpur ibu negeri Selangor sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi satu konten khas yang dimuat naik seorang pempengaruh di TikTok @KuanYee, dilihat beberapa individu ditanya secara rawak di sebuah pusat beli belah mengenai ibu negeri Selangor.

Bagaimanapun, ramai dalam kalangan mereka dilihat seolah-olah tidak pernah mempelajari sejarah, geografi dan maklumat berkaitan dengan Malaysia.

Mana tidaknya, terdapat beberapa individu memberikan jawapan Kuala Lumpur adalah ibu negeri Selangor selain Bangsar.

“Ibu negeri Selangor?,” soal pempengaruh tersebut.

“Ibu negeri Selangor? Alaa..susahnya,” kata individu pertama.

“KL (Kuala Lumpur), saya tak pasti lah,” jawab individu kedua.

@kuanyee68

Which Shopping Mall i should go next? 🙆🏻‍♀️💰 #fyp #foryou #foryoupage #tiktok #malaysia #viral #viralvideo #viraltiktok

♬ original sound – KuanYee – Kuan Yee

Video tersebut telah menerima pelbagai reaksi di mana mereka meluahkan rasa sedih dan terkedu mendengar jawapan yang diberikan.

Mereka juga beranggapan terdapat rakyat Malaysia yang masih tidak tahu fakta penting berkaitan negara terutama melibatkan ibu sesebuah negeri.

Untuk pengetahuan, ibu negeri Selangor adalah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini, manakala Klang merupakan bandar diraja negeri.