“Kita kena bagi tahu..” – Amelia Christie akui kini single, cari lelaki sopan santun & baik hati
Pelakon cantik, Amelia Christie akui kini single setelah mengesahkan dirinya tiada sebarang hubungan lagi dengan aktor, Sharnaaz Ahmad.
Amelia menyatakan yang dia tidak ada sebarang masalah jika ditanya berkenaan status diri dan bersedia untuk menjawabnya.
Hal tersebut dinyatakan pelakon terbabit menerusi video TikTok, Adeline Hijab sewaktu menjadi model dan mempromosikan jenama tudung tersebut.
“Saya single. Saya okay dengan soalan itu sebab kita kena bagi tahu kita single,” katanya.
@adeline_hq Amelia org yg baik sangat , memudahkan org sekeliling, sehari bersama Amelia pn terus rasa sayang😘 #adelinehijab #ameliachristie
Dalam pada itu, dia juga memberitahu ciri lelaki idamannya dimana mendambakan seorang yang bertanggungjawab, sopan santun serta baik hati sebagai pendamping hidupnya.
“Lelaki idaman saya adalah seorang yang bertanggungjawab, sopan santun dan baik hati,” katanya ringkas.
Terdahulu, kenyataan aktor, Sharnaaz Ahmad berkenaan hubungannya dengan Amelia Christie mengundang tanda tanya netizen susulan kedua-dua mereka sudah tidak saling mengikuti di media sosial.
Walau bagaimanapun, aktor berusia 39 tahun itu menyatakan yang mereka berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan memilih untuk lebih fokus kepada kerjaya serta anaknya, Jebat Jayden.
Namun begitu, kenyataan tersebut telah mengundang salah faham netizen sehingga dia kembali memaklumkan yang sebelum ini tidak pernah mengiyakan perihal hubungan mereka.